Star-Wars-George-Lucas-Disney

Filem Star Wars adalah idea pengarahnya sendiri, George Lucas dan ia ditolak oleh studio Universal apabila Lucas cuba mendapatkan studio tersebut untuk menerbitkannya.

Beliau kemudiannya berunding dengan 20th Century Fox untuk pengarahan filem Star Wars pertama pada tahun 1974 dan Lucas ditawarkan bayaran pengarah sebanyak US$500,000.

Lucas membuat tawaran balas. 

Memandangkan filem Star Wars adalah ideanya, beliau bersetuju untuk hanya menerima bayaran US$150,000 tetapi akan memegang hak milik barangan permainan Star Wars dan hak pengeluaran filem-filem Star Wars seterusnya.

20th Century Fox bersetuju kerana mereka sebenarnya menjangka filem Lucas tersebut hanya akan mendapat sambutan biasa dan hanya mampu balik modal.

Ini kerana filem sains fiksyen yang diarahkan Lucas sebelum itu tidak mendapat sambutan. Dan pada era itu juga, tema filem sains fiksyen masih lagi asing di dalam dalam industri perfileman US.

Tetapi Lucas mempunyai keyakinan tinggi terhadap idea filem Star Wars beliau. Pengambaran filem tersebut dimulakan oleh beliau tetapi mendapat bajet yang terhad.

Beliau menempuh banyak kesukaran dalam mengarahkan filem tersebut.

Untuk menghasilkan prop filem, beliau terpaksa menggunakan barang-barang terpakai dan kebanyakkannya dibuatnya sendiri kerana kekangan bajet. Pada waktu itu komputer dengan teknologi CGI masih belum wujud dan kesemua aksi futuristik pula perlu dibuat secara manual.

Kru-kru filem pula enggan bekerja lebih masa kerana isu bayaran. Malah, mereka juga bingung melihat filem yang ingin dihasilkan Lucas ini.

Jika itu tidak mencukupi, para pelakon juga menganggapnya tidak masuk akal dan tidak percaya ia akan berjaya.

Jadi pendek kata, studio, pelakon dan kru kesemunya tidak percaya pada idea beliau dan menganggapnya tidak akan berjaya menjadi filem box-office.

Filem tersebut siap pada tahun 1977 dengan kos US$11 juta. Kutipan pada hari pertama tayangan hanyalah US$1.5 juta tetapi selepas beberapa bulan ditayangkan kutipan di seluruh dunia mencecah US$780 juta, jauh melepasi tahap box-office.

Pada tahun 1978, jualan permainan Star Wars yang dipegang hak miliknya oleh Lucas menjana tambahan US$100 juta.

Sehingga kini jualan kesemua permainan Star Wars adalah sebanyak US$12 bil., jauh mengatasi jumlah kutipan filem sebanyak US$4.4 bil.

Dan bukan setakat itu sahaja, Lucas turut menerima bayaran dari jualan DVD dan kaset VHS, permainan video, buku dan yuran perlesenan yang kesemuanya dianggarkan sebanyak US$10.3 bil.

Siri filem Star Wars adalah yang yang paling berjaya dalam industri perfileman US. Selagi ia ditayangkan dan produknya dijual, George Lucas akan terus menerima bayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *