cendol-santan-sawit-taman-wira-mergong01

Dalam artikel yang lalu, ada disentuh mengenai kepentingan USP (unique selling proposition) pada bisnes.

Contoh di bawah adalah antara contoh bisnes yang mempunyai USP yang jelas dan unik.

Cendoi Station di Taman Wira Mergong di Alor Setar adalah warung menjual cendol yang dimiliki oleh Puan Norzalela Abidin .

Jika warung menjual cendol yang lain menjual 2 atau 3 jenis cendol, Cendoi Station menyediakan 15 pilihan jenis cendol disediakan setiap hari.

Antara jenis cendol yang boleh dipesan pelanggan adalah cendol pulut, cendol tapai, cendol tapai aiskrim, cendol nipah, cendol bandung dan cendol buah.

Harganya antara RM2 hingga RM4.50, bergantung kepada jenis cendol yang dipesan oleh pelanggan.

Pilihan jenis cendol yang banyak ini adalah USP Cendoi Corner yang membezakannya dengan warung cendol yang lain dan ia menjadi sebab yang kuat untuk membuatkan pelanggan datang ke warungnya.

Ini kerana secara logiknya  ia membuatkan pelanggan berfikir, “Baik aku makan cendol kat situ, banyak sikit pilihan.”

Malah, setiap kali pelanggan datang, mereka boleh mencuba rasa cendol yang berbeza.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *