usp

USP (unique selling proposition) adalah ciri-ciri unik pada sesuatu produk/servis yang membuatkannya berbeza dengan produk/servis lain di pasaran.

Secara amnya, USP sesuatu produk/servis boleh meliputi 3 segi iaitu dari segi kualiti , harga dan servis.

Contoh-contoh USP adalah seperti coklat M&M dengan USP ‘cair di mulut anda, bukannya di tangan’ dan Domino’s Pizza dengan USP  ’penghantaran pizza dalam masa 30 minit’. Manakala Apple mempunyai USP ’produk gaya hidup (lifestyle) yang premium dan inovatif’.

Walaupun kebanyakan bisnes lebih menonjolkan harga rendah sebagai USP namun realitinya pembeli cenderung mengaitkan harga murah dengan kualiti yang rendah.

Di Barat, pelabur-pelabur bisnes amat menitikberatkan faktor USP dalam membuat keputusan untuk melabur dalam sesuatu idea bisnes yang dibentangkan pada mereka. USP adalah soalan pertama yang mereka akan tanya dan jika idea itu tiada sebarang USP, mereka akan tolak begitu sahaja idea tersebut.

Terdapat 2 kepentingan USP kepada bisnes.

Pertama, jika anda tidak tahu apa yang membezakan produk/servis anda berbanding produk/servis sedia ada, anda akan menghadapi kesukaran dalam menjelaskan kepada prospek kelebihan produk/servis anda.

Contohnya, anda memperkenalkan servis membaiki air-cond untuk pejabat.  Dengan berpuluh lagi penyedia servis yang sudah lama beroperasi, bagaimana anda akan  cuba meyakinkan prospek untuk memilih servis anda sekiranya anda tidak tahu USP servis anda?

Tanpa USP, prospek melihat servis anda sama sahaja dengan servis orang lain.

Kedua, dengan mempunyai USP, ia akan memberikan prospek anda sebab mengapa mereka perlu menggunakan servis anda.

Sebagai contoh, selain menawarkan servis membaiki air-cond pada harga kompetitif, anda turut memberikan servis percuma mencuci penapis udara pendingin hawa tersebut setiap 6 bulan sekali selama setahun.

Di sini prospek akan melihat, dengan membayar harga yang sama, mereka akan mendapat penjimatan dengan servis ekstra secara percuma jika mereka menggunakan servis anda. Penjimatan itu adalah USP bisnes anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *