20180315164910-melanie-perkins

Pada umur 14, Melanie Perkins dari Perth, Australia sudah mula berniaga skaf buatannya sendiri yang dijual di kedai-kedai  dan pasar di Perth. Ini didorong oleh bakat beliau  dalam bidang kreatif.

Apabila mencecah umur 19 tahun, Melanie tubuhkan pula Fusion Books, sistem dalam talian yang bolehkan sekolah hasilkan buku tahunan mereka sendiri.

Sistem mereka digunakan berkembang hingga digunakan di New Zealand dan Perancis sehingga.

Pengalaman menguruskan Fusion Books dengan duit sendiri mengajar beliau memulakan bisnes dengan apa yang ada, menjimatkan kos, melabur kembali setiap hasil jualan dalam bisnes untuk kembangkannya dan buat keuntungan secepat mungkin untuk pastikan bisnes terus beroperasi.

Bisnesnya ini masih beroperasi hingga sekarang.

Dan pada tahun 2013 ketika berumur 26 tahun, beliau lancarkan Canva, platform yang bolehkan orang biasa hasilkan poster, kad dan sampul muka depan buku dengan mudah.

Selepas 6 tahun, Canva kini ada 10 juta orang pengguna berdaftar di 190 buah negara dan diuruskan oleh 250 pekerja di dua buah negara.

Nilai bisnes Canva beliau adalah US$1 billion.

Melanie mendapat idea untuk hasilkan platform Canva apabila melihat pelajar-pelajar bergelut untuk mempelajari perisian merekabentuk ketika menjadi tutor.

Tapi sebelum ia dapat bermula, idea bisnes Melanie ini ditolak sebanyak 100 kali oleh pelabur-pelabur yang beliau dekati.

Setiap kali ditolak, beliau akan bertanya pelabur sebab mengapa ideanya ditolak. Dari maklumbalas tersebut, beliau perbaiki bahan pitching-nya.

Melanie tidak memilih untuk berputus asa dari mencari pelabur yang percaya kepada ideanya dan berkongsi aspirasi yang sama dengan beliau.

canva

Melanie kemudiannya mendapat peluang berjumpa dengan pengasas bersama Google Maps, Lars Rasmussen. Di sinilah perspektif beliau berubah dan mula memasang visi yang besar untuk Canva.

Melalui Rasmussen juga beliau dapat memilih bakat yang tepat untuk membina tim yang kuat seperti bekas pekerja Google, Cameron Adams (sebagai pengasas bersama Canva dan Chief Product Officer) dan Dave Hearnden ( Chief Technology Officer).

Mengurus bisnes kreatif seperti Canva dengan jumlah pekerja yang ramai di negara berlainan bukannya mudah.

Untuk kekal fokus dan bertenaga, Melanie akan usaha dapatkan tidur 8 jam sehari dan beliau buat jadual.  Setiap kali beliau dapat tidur 8 jam, beliau akan tanda di jadual tersebut.

Beliau juga peruntukan masa untuk pergi melancong dan mengembara setiap tahun.

Dari segi bacaan, buku Designing The Obvious menjadi rujukan Melanie kerana ia memberi panduan bagaimana caranya membentuk pengalaman penggunaan dalam talian yang mesra pengguna.

[ Entrepreneur ]

 

…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *