glowing-party-house

Bisnes jual belon ?

Berbanding bisnes tudung, pakaian dan kosmetik, bisnes pengusaha belon bukanlah pilihan bagi mereka yang ingin memulakan bisnes sendiri.

Glowing Party House adalah salah sebuah syarikat pembekal kelengkapan perhiasan majlis dan belon yang diasaskan oleh Puan Mastura Muhamad. Beliau berusia 36 tahun dan mempunyai kelulusan dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia.

Terdapat 11 perkara menarik mengenai penglibatan beliau dalam bisnes ini :

1. Puan Mastura memulakan bisnes menjual belon pada November 2012 secara kecil-kecilan melalui online.

2. Mendapat idea untuk memulakan perniagaan belon apabila syarikat tempat dia bekerja sukar mencari penyedia khidmat dekorasi belon untuk majlis anjuran syarikat tersebut.

3. Beliau mengambil kursus jangka pendek untuk belajar selok-belok perniagaan belon dan pengurusan dekorasi kerana tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan terutamanya mengenai belon.

4. Percaya bisnes menjual belon di Malaysia boleh menjadi industri berpotensi besar kerana mendapat permintaan yang memberangsangkan dan di Malaysia khidmat profesional penjualan belon serta dekorasi majlis masih belum diterokai sepenuhnya.

5. Bermula dengan online, cawangan kedai Glowing Party House kini ada  di Bangi, Kajang dan Subang Jaya.

6. Ingin menjadi contoh kepada usahawan baharu yang ingin menceburi bidang sama.

7. Perlu membuat kajian tentang sumber belon yang berkualiti kerana berniaga belon ia bukan sekadar mengisi angin tetapi memerlukan beberapa langkah pengurusan bergantung kepada jenis, bentuk dan saiz.

8. Bekalan belon dibeli daripada pengeluar utama di luar negara iaitu dari Itali, Columbia dan Amerika Syarikat.

9. Selain menjual belon, Puan Mastura juga mengajar teknik penjagaan belon yang dibeli supaya kualiti belon tidak terjejas selepas diserahkan kepada pelanggan.

10. Glowing Party House turut mengadakan kempen kesedaran keselamatan orang ramai terhadap belon kerana terdapat juga belon tiruan lebih nipis, mengandungi banyak bahan kimia, mudah meletup serta ada pengusaha yang mengisinya dengan gas nitrogen yang membahayakan orang ramai.

11. Membantu usahawan kelengkapan majlis dan belon di seluruh Semenanjung melalui kumpulan Jemaah Party Network Bumiputera kerana percaya setiap peniaga perlu saling membantu dan pada masa sama memberikan perkhidmatan serta produk berkualiti kepada pengguna.

(Sumber : KOSMO)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *