10dravya-dholakia

Keluarga Dholakia merupakan salah satu keluarga terkaya di India dan empayar bisnes berlian mereka dinilaikan sebanyak RM4 bilion.

Keluarga ini turut dikenali dengan sifat pemurah dalam memberi perhargaan kepada para pekerjanya pada setiap tahun . Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 400 rumah flat dan 1,260 kereta dihadiahkan kepada 1,700 pekerja yang cemerlang.

Tetapi apa yang lebih menarik, keluarga ini mempunyai satu tradisi yang diamalkan sejak bertahun-tahun lalu. Setiap waris lelaki keluarga ini diwajibkan untuk merasai sendiri perit getir kehidupan rakyat biasa India selama sebulan agar mereka mempunyai rasa rendah diri.

Anak-anak lelaki mereka akan dihantar ke mana-mana bandar atau pekan di India dan selama sebulan mereka perlu mencari duit bagi menampung perbelanjaan harian dengan melakukan sebarang kerja yang dilakukan oleh rakyat biasa yang miskin.

Setiap minggu mereka perlu melakukan kerja yang berlainan. Hanya wang poket sebanyak 500 rupee (RM33) dibekalkan dan telefon bimbit tidak dibenarkan untuk dibawa.

Tempat tinggal juga perlu dicari sendiri.

Sepanjang tempoh tersebut juga mereka perlu menyamar dan dilarang menggunakan kelayakan pendidikan, nama keluarga atau kenalan untuk mencari kerja.

Salah seorang dari waris keluarga tersebut, Dravya Dholakia, 21 tahun menceritakan pengalamannya,

“Semasa saya pulang bercuti dari pengajian MBA di US, saya terkejut apabila diberitahu yang saya perlu melakukannya.

Saya dihantar ke bandar Kochi dan selama 5 hari saya tidak mendapat pekerjaan dan tempat tinggal. Sebanyak 60 kali usaha saya untuk mendapatkan kerja tidak berjaya.

Memang saya rasa amat kecewa tetapi sekarang saya tahu bagaimana rasanya apabila ditolak dan betapa bernilainya sebuah pekerjaan itu.

Selama sebulan saya bekerja di kedai bakeri, pusat panggilan, kedai kasut dan McDonald dengan menyamar sebagai anak petani yang miskin dari Gujerat. Sebanyak 4,000 rupee saya perolehi sepanjang tempoh tersebut.

Sebelum ini saya tidak pernah perlu risaukan tentang duit. Tetapi di sini, hidup untuk mendapatkan sesuap nasi sehari yang berharga 40 rupee pun amat sukar. Dan itu belum lagi dikira tempat tinggal yang perlu saya bayar 250 rupee sehari.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *