cara-billioair-tingkat-produktiviti
Sebagai usahawan, kita semua perlu menguruskan masa dalam sehari dengan sebaik mungkin.
Ini kerana kita perlu menguruskan setiap aspek bisnes dari kewangan, pemasaran, jualan hinggalah kepada khidmat lepas jualan. Semuanya perlu diambil tahu walaupun sudah ada staf .
Semua orang diberikan jumlah masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Jadi, bagaimana billionair-billionair di dunia meningkatkan tahap produktiviti mereka untuk mencapai hasil yang lebih dengan jumlah masa yang sama?
Media online BussinessInsider.com berkongsi cara bagaimana 3 orang individu terkaya dan berjaya di dunia melakukannya.

 

1. Mark Zuckerberg, Facebook
Untuk menjimatkan masa, Mark hanya memakai pakaian yang sama setiap hari. Beliau tidak mahu membuang masa setiap pagi memikirkan apa yang perlu dipakai setiap pagi.
Rumahnya juga dibeli berhampiran pejabat Facebook agar cepat untuk beliau pergi dan balik ke pejabat.
Malah, beliau tidak mengisi rumahnya sarat dengan pelbagai perabot dan peralatan. Menurut beliau, dia tidak mahu fokusnya kepada kerja terganggu apabila beliau bekerja di rumah.
mark

2. Bill Gates, Microsoft
Ketika Bill Gates masih memegang jawatan sebagai pengerusi, CEO dan ‘chief software architect’ di Microsoft, beliau perlu membalas lebih dari 100 emel sehari. Ini belum lagi dikira emel-emel yang diterimanya sebagai pengerusi bersama Yayasan Melinda Gates, yayasan yang ditubuhkan bersama isterinya.
Bagaimana beliau dapat fokus pada kerjanya sambil menjawab emel-emel tersebut yang masuk sepanjang hari?
Sebagai penyelesaian, Bill Gates menggunakan 3 monitor komputer di meja kerjanya. Monitor pertama digunakan untuk memantau emel-emel yang masuk, monitor kedua pula digunakannya untuk menjawab emel-emel tersebut atau menghantar emel baru dan monitor ketiga adalah untuk melakukan kerjanya.
Ini bemakna dalam satu masa beliau membuat kerja sambil membaca dan menjawab emel.

Bill

 

3. Elon Musk, Tesla
Elon Musk memegang empat jawatan sekaligus iaitu CEO SpaceX, CEO Tesla Motors, pengerusi Solarcity dan yang keempat, bapa kepada lima orang anak.
Untuk memaksimakan penggunaan masanya, beliau membiasakan dirinya melakukan pelbagai kerja dalam satu masa (multitasking). Beliau menghantar emel sambil mengimbas dokumen, mengendalikan mesyuarat dan menjawab panggilan/mesej di telefon, semuanya pada satu masa yang sama.
Malah beliau mengakui sering membaca dan menghantar mesej di telefon sambil meriba anaknya.

elon-musk-office-photo

 

Lebih banyak kisah bisnes dan inspirasi di Facebook penulis.
FB Porfile