silkygirls

Di kalangan komuniti bisnes Cina, nama Tan Thiam Hock amat disegani dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman di acara-acara berkaitan bisnes.

Beliau adalah pengasas jenama Silkygirl, jenama kosmetik ketiga popular di Malaysia (pada tahun 2013) yang turut mengedarkan produk kosmetik jenama Revlon.

Tan menjual saham miliknya pada tahun 2014 pada harga RM40 juta.

Dalam salah satu artikelnya, beliau memberitahu untuk meminimumkan risiko kegagalan bsinesnya, beliau meniru (dengan sedikit pengubahsuaian) model bisnes dua jenama kosmetik antarabangsa yang telah terbukti mapan (sustainable) dan berjaya iaitu Lore’al dan Estee Lauder.

Ini termasuklah mengkaji penyata untung rugi syarikat yang memiliki tersebut bagi menentukan jumlah kos jualan dan marjin untung kasar yang paling sesuai berdasarkan standard industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *