bestmas

90% pasaran produk makanan halal di Malaysia dikuasai oleh usahawan bukan Islam.

Salah satunya adalah produk pau BestMas yang biasa dijualĀ di restoran dan kedai-kedai makan termasuk di R & R. Pemilik Best Mas adalah Alex Tiong Swee Lee, berusia 40 tahun.

Beliau membina empayar peniagaan pau dan dimsum halal dengan jualan tahunan RM15 juta dalam masa 13 tahun.

Salah satu ‘rahsia’ perniagaannya adalah bos jangan terlalu berkira untuk membuat kerja-kerja bawahan.

Sebagai contoh, ada kalanya beliau perlu memandu sendiri lori untuk menghantar stok hingga ke Kelantan kerana pemandu lori tersebut tidak datang bekerja.

Katanya, pesanan pembeli perlu dipenuhi walaupun terpaksa bekerja pada hari Ahad dan semasa cuti Tahun Baru Cina.

Walaupun penghantaran yang lewat mungkin kelihatan seperti perkara kecil namun ia berpotensi menyebabkan perniagaannya kehilangan pelanggan jika ianya kerap berlaku.

Kepercayaan yang telah diberi pelanggan adalah modal dan aset yang paling bernilai dan perlu dijaga sebaik mungkin oleh peniaga.

Ini kerana majoriti jualan sesuatu bisnes dijana melalui pembelian berulang dari pelanggan tetap dan kos untuk mencari seorang pelanggan baru adalah lebih tinggi berbanding kos untuk menjaga kepercayaan seorang pelanggan sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *