20131003_RaleighDenim_176

Selain Subway, Jimmy John’s adalah jenama kedai sandwich yang popular di US.

Diasaskan 35 tahun lalu oleh Jimmy John Liautaud, ia ada 2,802 cawangan dengan jualan tahunan US$2 bil.

Kehidupan beliau masa kecil agak sukar.

Ayahnya adalah seorang askar veteran yang cuba buat pelbagai bisnes demi untuk sara keluarga dan pernah bankrap sebanyak dua kali iatu ketika Liautaud berusia 8 tahun dan 12 tahun.

Beliau hadapi masalah belajar kerana alami disleksia dan hanya tamat belajar di sekolah tinggi di tempat kedua terakhir.

Selepas itu, beliau buat keputusan untuk buat bisnes sendiri.

Ketika ini bisnes buat acuan plastik milik ayahnya sudah berjaya dan ayahnya pinjamkan US$25 ribu bagi bisnes pertama Liautaud dengan satu syarat. Jika ia tidak bermula dalam tempoh setahun, beliau perlu sertai tentera.

Kedai pertama dibuka dekat sebuah universiti pada tahun 1983, ketika umurnya 19 tahun. Pemilikan bisnes dibahagikan dengan ayahnya sebanyak 52:48.

Liautaud memang sasarkan golongan pelajar. Sandwich adalah makanan murah yang sesuai dengan segmen pelanggan ini. Dan beliau lakukan penghantaran ke bilik asrama pada caj 25 sen.

Setiap hari Liautaud bekerja 18 jam sehari dan sambil itu belajar sendiri asas urus duit bisnes.

Pada tahun pertama, bisnesnya berjaya catat untung US$40 ribu dari US$154 ribu jualan.

Tahun berikutnya, untung meningkat dan beliau beli bahagian saham milik ayahnya dengan lunaskan pinjaman yang diberikan.

Cawangan kedua dibuka pada tahun 1986, juga dekat universiti. Menjelang 1994, ia sudah ada 10 cawangan dan catat US$4 juta jualan dengan US$1 juta untung.

Tahun berikutnya Liautaud mula jual francais kedai sandwich Jimmy John’s.

10 tahun selepas itu, beliau buat keputusan untuk tuai hasil usaha kerasnya selama ini.

 
20181121_190802
Bagi Liautaud, beliau hanya perlukan US$2 juta setahun untuk kekalkan gaya hidupnya. 28% dari keseluruhan saham bisnesnya dijual pada harga US$130 juta.

Tiga pekerja terawalnya diberi US$250 ribu dan bakinya dilaburkan dalam pelaburan lain.

Walaupun bisnesnya terus catat untung selama 6 tahun berikutnya, beliau tidak rasa seronok lagi uruskan bisnesnya yang makin besar dan kompleks.

Seorang CEO dilantik bagi kurangkan beban pengurusan Liautaud.

2 tahun selepas itu, beliau buat keputusan pula untuk nikmati hidup sepenuhnya.

Majoriti saham dijual kepada pemilik baru iaitu firma ekuiti Roarke dan 14 pekerjanya jadi jutawan termasuk setiausahanya.

Kini, Liautaud tidak lagi uruskan lagi bisnesnya walaupun masih pegang 35% saham dengan nilai US$1.7 bil.

Liautaud hanya jaga bahagian makanan serta budaya dan jadi pengerusi syarikat, keduanya secara simbolik.

Dan masa lapangnya dihabiskan dengan memandu koleksi 50 kereta sportnya atau kadangkala belayar dengan kapal layarnya.

[ Olahan dari artikel Forbes ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *