29101764_10215450539082365_4243459144788475904_n
1. Pada usia seawal 14 tahun, bapanya telah berusaha menjadikan impian beliau untuk menjadi penggusti. Bapanya berkorban wang dan tenaga, tetapi usaha itu tidak berjaya.

2. Bapanya diisytiharkan bankrup dan kereta milik ibunya ditarik pihak bank. Seminggu selepas itu ketika pulang rumah, tertampal notis pengusiran dari pihak bank. Mereka terpaksa keluar dari rumah. Ibunya menangis sambil berkata, “Apa yang hendak kita lakukan? Di mana kita akan tinggal?”

3. The Rock berazam untuk memastikan keluarganya tidak akan melaluinya sekali lagi dan berusaha kerws menjadi pemain bolasepak Amerika profesional untuk 5 tahun berikutnya.

4. Beliau berjaya masuk ke Universiti Miami dan terpilih untuk memasuki pasukan bolasepak universiti. Tetapi ketika berusia 19 tahun, The Rock mendapat kecederaan tukang belakang dan terpaksa berhenti bermain.

5. Beliau kembali ke Kanada dan menyertai pasukan yang bertanding di Canadian Football League tetapi hanya layak menyertai pasukan latihan.

6. Sepanjang tempoh tersebut, The Rock tinggal di apartment bersama 4 pemain lain dan tidur hanya beralaskan tilam yang kotor.

7. Tidak berapa beliau dikeluarkan dari pasukan. Alasan jurulatihnya, “Anda tidak cukup bagus”. Kekasihnya turut meninggalkan beliau selepas itu.

8. Ketika itu, hanya ada 7 dollar yang tinggal dalam poket seluar The Rock. Bellau duduk termenung memikirkan nasibnya dan kemudian berkata pada dirinya sendiri, “Jika kamu ingin mencapai sesuatu, kamu akan mencari jalannya. Jika tidak, kamu akan mencari alasan.”

9. Beliau kemudiannya memulakan bisnes yang diberi nama Seven Buck Productions, simbolik kepada wang 7 dollar yang tinggal dalam poket beliau. Bisnesnya adalah menjadi penggusti di perlawanan-perlawanan kecil di pasar lambak. Setiap malam beliau dibayar 40 dollar.

10. Akhirnya beliau berjaya menyertai WWE dengan menggunakan nama The Rock.

11. 5 tahun selepas itu beliau menerima cabaran untuk menjadi rancangan Saturday Night Live, program popular di rangkaian NBC.

12. Pada tahun 2001, beliau menerima tawaran berlakon filem The Mummy Returns. Dialog The Rock hanyalah dua patah perkataan iaitu “Haku Machente!” tetapi beliau bersungguh-sungguh berlatih meskipun jatuh sakit sepanjang penggambaran di Morocco.

13. Karakter The Rock dan watak filemnya itu menarik perhatian produser untuk mengambil beliau berlakon sebagai pelakon utama dalam filem keduanya yang bertajuk The Scorpion King.

14. Sehingga kini The Rock telah berlakon di dalam 35 buah filem dan menjadi pelakon yang menerima bayaran tertinggi pada tahun 2016 iaitu sebanyak US$65 juta.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *