Nikola_One_Truck

Awal April lalu, Elon Musk mengumumkan rancangan Tesla menghasilkan trak pengangkutan jarak sederhana berkuasa elektrik untuk pasaran US. Prototaip pertama dijangka siap Oktober ini.

Pengeluaran kereta Tesla masih lagi dikira ‘hijau’ dan belum menghasilkan sebarang keuntungan atau menjana aliran tunai yang positif.

Jadi mengapa Tesla membuat keputusan melabur dalam pengeluaran trak pula ?

1. Pasaran yang besar. Trak merupakan pilihan pengangkutan barang yang utama di US.
Terdapat sekitar 15.5 juta trak berada di atas jalan raya di US.

Untuk produk makanan sahaja, lebih 90% diedarkan menggunakan trak.

2. Potensi kewangan. Menurut Morgan Stanley Research, dengan hanya menguasai 10% pasaran trak US , Tesla akan menjana USD2.5 billion pendapatan setahun serta kenaikan nilai saham sebanyak USD5 bilion.

Pada hari Rabu sahaja, harga saham Tesla naik 3% semasa tweeter Elon Musk mengumumkan kemunculan prototaip trak elektriknya pada Oktober ini.

3. Teknologi. Tesla sudah pun mempunyai teknologi dan infrastruktur untuk menghasilkan trak elektrik. Apa yang perlu dilakukannya adalah hanya menaiktaraf infrastrukturnya bagi tujuan pengeluaran trak.

4. Modal. Meskipun pengeluaran kereta Tesla masih memerlukan suntikan modal, namun mereka tidak akan menghadapi masalah bagi mendapatkan pembiayaan tambahan untuk pengeluaran traknya.

Pelabur yakin kepada keupayaan Elon Musk dan model bisnesnya.

5. Persaingan. Pengeluar-pengeluar kenderaan lain seperti Daimler dan Navistar juga sedang menghasilkan trak elektrik mereka. Kesemuanya sedang bersaing untuk menghasilkan trak elektrik yang terbaik untuk meraih kepercayaan bakal pelanggan mereka.

Malah, jika Tesla terlewat dalam memasuki pasaran trak ini, sukar untuknya mendapat peratusan penguasaan pasaran yang tinggi. Ini kerana kebiasaannya syarikat pengangkutan akan membeli secara pukal kenderaan pengangkutan dari jenama yang sama bagi tujuan mendapatkan diskaun pembelian dan menjimatkan kos penyelenggaraan.

Dan jalan masa panjang, jika pembeli berpuas hati dengan jenama tersebut, mereka akan membuat pembelian ulangan apabila tiba masa untuk menggantikannya atau untuk menambah jumlah trak sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *