Syed-Mokhtar-Albukhary_theedgemarkets

Bagi mereka yang duduk di dalam ‘circle’ TS Syed Mokhtar, panggilan telefon dari beliau dianggap sebagai satu ‘legenda’.

Ini kerana setiap hari, TS Syed Mokhtar menghubungi sekitar 100 orang.

Selain rakan-rakan, ini termasuk juga panggilan kepada pengurus-pengurus profesional empayar bisnes beliau dan pembantu-pembantu yang setia. Ada panggilan yang sekadar untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita, dan ada yang merupakan panggilan rasmi.

Ia adalah salah satu cara TS Syed Mokhtar memupuk dan menjaga hubungan dengan mereka yang dikenalinya. Melalui panggilan-panggilan ini juga beliau memastikan mendapat maklumat dan perkembangan terkini berkenaan syarikat dan pasaran.

Maklumat dan perkembangan terkini yang diperolehi secara rasmi dan tidak rasmi ini juga digunakan oleh TS Syed Mokhtar dalam membuat keputusan dan merangka strategi.

(Diolah dari biografi Syed Mokhtar Albukhary)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *