16115072_10211516992666163_3561815648730308982_n
Antara sumber pendapatan utama AirAsia adalah daripada jualan tiket tempat duduk.
Model perniagaan syarikat penerbangan tambang murah menetapkan harga tiket yang lebih rendah berbanding syarikat penerbangan tambang penuh.
Kebiasaannya harga tiket AirAsia yang paling mahal adalah 20% lebih rendah dari harga tiket syarikat penerbangan tambang penuh.
Struktur tambangnya pula ditetapkan berdasarkan apa yang dipanggil ‘time value relationship’ atau dalam kata lain lebih awal tempahan dibuat, lebih murah harganya.
Di dalam kes AirAsia, terdapat 12 peringkat masa yang ditetapkan seperti rajah di di bawah. Semakin tinggi peringkat masa tersebut atau semakin hampir ia ke hari penerbangan, semakin mahal harga tiket yang dijual.
2
Peringkat-peringkat masa itu pula dibahagikan kepada 3 bahagian utama dan setiap bahagian disasarkan kepada segmen pelanggan yang berbeza seperti berikut :
Peringkat bahagian awal – Tarikh penerbangan masih lagi jauh berbulan-bulan.
Di sini AirAsia menyasarkan penumpang yang mementingkan harga yang sangat murah dan mereka perlu menempah sangat awal untuk mendapatkan harga tersebut.
Peringkat bahagian tengah – Tarikh penerbangan di semakin hampir.
AirAsia menyasarkan pasaran tersedia (captive market) iaitu mereka yang tidak mempunyai pilihan selain untuk menggunakan perkhidmatan AirAsia kerana faktor seperti tiada penerbangan dari syarikat penerbangan lain di laluan yang sama atau harga tiket AirAsia yang masih rendah dibandingkan dengan harga tiket syarikat penerbangan yang lain.
Apabila pendapatan yang diperolehi pada peringkat ini telah mencukupi untuk menampung kos operasi penerbangan, sistem penetapan harga tersebut akan bergerak ke peringkat bahagian akhir.
Peringkat bahagian akhir – Tarikh penerbangan sudah terlalu hampir .
Di sini, penumpang yang terdesak untuk guna  perkhidmatan peneerbangan dan sanggup membayar lebih, disasarkan.
Di sinilah harga tiket  semakin naik dan keuntungan AirAsia akan meningkat.
Seperkara lagi, kita kerap melihat AirAsia buat promosi tempat duduk percuma.
Tetapi walaupun setiap tahun AirAsia membuat promosi lebih 500,000 tempat duduk percuma, namun jumlah itu hanyalah kira-kira 1% dari jumlah penumpang yang mereka terbangkan pada setiap tahun.
Contohnya pada tahun 2016 AirAsia menerbangkan sebanyak 55 juta penumpang dan 500,000 adalah kurang dari 1% dari jumlah tersebut.
Promosi tempat duduk percuma ini lebih bersifat untuk merangsang pasaran bagi meningkatkan jualan.
Ini kerana tempat duduk percuma tersebut tetap akan kosong meskipun tiada tawaran dibuat.
Tetapi apabila tempat duduk kosong tersebut diisi dengan penumpang ‘percuma’, AirAsia dapat menjana pendapatan apabila penumpang tersebut berbelanja untuk membeli makanan, minuman, membayar caj bagasi berlebihan dan sebagainya.
Baca lebih banyak kisah bisnes dan inspirasi di Facebook penulis.
FB Porfile