Ben-Mahmud-and-Bryan-Loo-1024x683

Jika anda perasan, dua tiga bulan lalu, banyak kedai Shell Select di stesen minyak Shell yang ditutup untuk pengubahsuaian.

Sebenarnya, menurut Shell, mulai tahun ini mereka akan fokus kepada segmen jualan makanan dan minuman (F&B) sebagai salah satu strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Ini kerana mereka dapati ada perubahan dalam gaya hidup pelanggan masa kini.

Mereka datang ke stesen minyak lebih dari sekadar untuk mengisi minyak. Selain menggunakan mesin ATM, top up nilai TouchNGo serta membeli makanan dan minuman ringan, stesen minyak juga telah menjadi lokasi menjamu selera terutamanya di stesen yang besar.

Jadi daripada melakukannya secara tangkap muat sepertimana yang dilakukan oleh segelintir stesen minyak jenama lain, Shell melakukan penaiktarafan menyeluruh bagi “menyediakan oasis makanan yang menawarkan pengalaman peruncitan lebih baik kepada pelanggan”.

shell

Lebih RM100 juta diperuntukkan untuk semua ini termasuk menaiktaraf kemudahan tandas dan surau.

Dengan strategi ini juga, Shell menyasarkan untuk meningkatkan peratusan sumbangan pendapatan dari segmen bukan minyak kerana jualan minyak masih menjadi penyumbang utama kepada pendapatan stesen minyak.

Jadi jika di masa hadapan berlakunya sebarang perubahan dalam pasaran yang menyebabkan orang ramai kurang menggunakan kenderaan, pengusaha stesen minyak Shell tidak akan teruk terjejas dan masih boleh bertahan.

Ketika ada syarikat minyak yang sibuk ‘bergaduh’ dengan pengusaha-pengusahanya hingga menutup stesen minyak, Shell sibuk membantu pengusaha stesen minyaknya bersiap-sedia dengan perubahan dalam gaya hidup pelanggannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *