microsoft_surface_pro_4_pricingSemenjak ditubuhkan, bisnes teras Microsoft adalah melesenkan perisian komputer Windows kepada pengeluar-pengeluar utama komputer dunia seperti Dell, HP dan Lenovo.

Sehingga kini Microsoft masih menjana billion USD dalam caj perlesenan dan ia merupakan sumber pendapatan utama mereka.

Tetapi dalam suasana jualan komputer dunia yang semakin menurun sekarang, bagaimana Microsoft mengatur strategi agar sumber pendapatannya tidak terjejas atau menurun dengan drastik?

Dengan mengeluarkan komputer riba dan tablet mereka sendiri iaitu Surface.

Namun, Microsoft tidak meletakkan matlamat untuk meningkatkan pendapatan serta keuntungannya dengan menjual seberapa banyak produk Surface. Malah, jumlah jualan Surface mencatat penurunan 26% pada tahun 2016 dengan jumlah jualan hanya sebanyak USD831 juta.

Menurut pengarah hubungan pelabur Microsoft, Zack Moxcey, pengeluaran Surface adalah strategi Microsoft untuk ‘mendorong’ pengeluar komputer lain untuk menaiktaraf produk sedia ada mereka terutamanya produk yang disasarkan untuk kegunaan pelanggan bisnes dan pendidikan.

Microsoft memperolehi caj perlesenan Windows yang lebih tinggi bagi setiap komputer atau komputer riba yang dijual untuk pelanggan bisnes dan pendidikan kerana harganya produk tersebut lebih tinggi berbanding produk untuk pengguna biasa yang menggunakan perisian Windows yang asas.

Strategi Microsoft ini berjaya meningkatkan persaingan di kalangan pengeluar komputer dunia untuk menghasilkan produk terbaru yang berharga tinggi dan hasilnya, jualan PC dunia pada suku pertama tahun 2017 meningkat sebanyak 0.6% dan sekaligus pendapatan dari caj perlesenan perisian Windows meningkat sebanyak 5%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *