ronaldo

Bagaimana kelab bolasepak seperti Paris Saint-Germain (PSG) dan Machester United (MU) memperolehi hasil pelaburan (ROI) dari pembelian pemain yang mahal?

Dari pendapatan jualan jersi, pemilikan hak imej dan penajaan pasukan/penyiaran perlawanan.

Sebagai contoh, Christiano Ronaldo (CR9) dibeli pada harga £86 juta oleh Real Madrid pada 2009. Pada tahun pertama CR9 bermain, Real Madrid menjana £100 juta pendapatan dari jualan jersi sahaja. Peratusan pembahagian pendapatan jualan jersi untuk Real Madrid dikatakan antara 10% – 15% yang diterima setiap tahun.

Dan hingga kini CR9 masih menjadi mesin pencetak wang bagi Real Madrid dengan jualan jersi beliau pada tahun 2016 adalah kedua yang tertinggi selepas Messi.

Dari segi pemilikan hak imej pula, setiap kali CR9 menjadi duta produk atau imejnya digunakan oleh mana-mana entiti, Real Madrid akan memperolehi 50% dari pendapatan yang dijana.

Dan memandangkan CR9 adalah pemain berprofil tinggi, ia secara langsung menaikkan imej dan nilai kelab Real Madrid. Dengan imej dan nilai tinggi ini, Real Madrid boleh berunding untuk menaikkan jumlah penajaan dari penaja-penaja serta jumlah pembayaran hak penyiaran perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *