Pada bulan April 2017, dua nama besar bisnes di Malaysia, Eco World Development Group Bhd dan Brainybunch International Islamic Montessori menandatangani memorandum persefahaman untuk berkerjasama.

Secara kasar nampak macam tidak kena kerjasama ini, Eco World adalah syarikat pembinaan rumah yang dimiliki oleh TS Liew Kee Sin dan Brainy Bunch adalah rangkaian tadika Islam yang dimiliki oleh DS Syed Zainal Abidin, mantan CEO Proton. Tidak nampak di mana sinerginya di sini.

Tapi kedua-duanya adalah otai bisnes korporat Malaysia. Dan mereka tahu salah satu cara untuk mengembangkan bisnes dan memperkukuhkan kredibiliti jenama adalah dengan bekerjasama dengan jenama lain yang boleh menyumbang kepada dua matlamat tersebut.

Brainybunch1

Menerusi kerjasama ini, Eco World akan membenarkan Brainybunch membeli tanah di dalam 2 projek perumahan di Selangor dan Johor untuk dibangunkan menjadi kampus sekolah antarabangsa berasaskan Cambridge dan kampus tadika Islam Montessori.

Kedua-duanya adalah jenama premium dalam bidang masing.

Eco World dikenali dengan projek-projek taman perumahan mewah dengan harga rumah antara RM600 ribu hingga RM1.4 juta sebuah.

eco

Brainybunch pula  dikenali semakin tadika Islam premium yang menggunakan kurikulum Montessori yang digunakan di seluruh dunia. Caj bulanannya adalah RM750 bagi seorang pelajar untuk satu hari penjagaan. Caj bulanan untuk sekolah rendah dan menengahnya pula adalah antara RM850 hingga RM1,700 seorang.

Jadi menerusi kerjasama ini, Eco World ‘mempergunakan’ jenama Brainybunch bagi menarik pembeli-pembeli dari golongan orang Islam (tempatan dan ekspatriat) berpendapatan tinggi untuk membeli rumah mewahnya. Manakala, Brainybunch pula ‘mempergunakan’ jenama Eco World untuk mengukuhkan jenamanya sebagai penyedia sekolah pendidikan Islam berkualiti tinggi di samping dapat ‘tap’ pasaran sedia ada dalam taman perumahan Eco World kelak.

Strategi yang sama digunakan oleh AirAsia dalam mengembangkan bisnesnya dan sehingga kini AirAsia mempunyai lebih dari 10 rakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Strategi ini ada disentuh dengan lebih lanjut lagi di dalam ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’ di samping lebih 40 strategi bisnes AirAsia yang lain yang turut dimuatkan dalam ebook ini.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ebook ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *