29060894_10215562904491430_8421670110104682970_o

Contoh terbaik lain pengunaan media sosial oleh AirAsia adalah semasa ia ingin mengembangkan perkhidmatan ke Sydney, Australia pada tahun 2012.

Sewaktu itu, jenama AirAsia masih belum dikenali ramai di Australia. Pasukan pemasaran AirAsia hanya diperuntukkan dengan bajet sebanyak US$80,000 untuk menjalankan kempen pemasaran bagi mewujudkan kesedaran di pasaran Austalia terhadap jenama AirAsia.

Jumlah bajet ini dilihat terlalu kecil jika dibandingkan dengan keluasan pasaran Australia dan sasaran pengurusan AirAsia yang ingin menambah jumlah penerbangan dari satu penerbangan sehari kepada dua penerbangan sehari dalam tempoh hanya dua tahun.

Melalui kerjasama dengan firma pemasaran digital Noble Studios dan firma pengiklanan Publics Mojo di negara itu, pasukan pemasaran AirAsia menganjurkan peraduan di Facebook yang dinamakan AirAsia Friendsy dengan menawarkan hadiah yang sangat besar.

Hadiahnya adalah pemenang akan mendapat peluang terbang bersama 302 rakan Facebook mereka dari Sydney ke Kuala Lumpur dengan menggunakan pesawat terbaru AirAsia iaitu Airbus 330. Percutian mereka selama 3 hari di Kuala Lumpur itu ditanggung sepenuhnya oleh AirAsia termasuk penerbangan balik.

Satu aplikasi khas Facebook dihasilkan di mana pengguna Facebook perlu mendaftar untuk menyertai peraduan ini dan kemudiannya mereka boleh menempah tempah duduk untuk 302 rakan mereka di dalam pesawat maya yang dipaparkan.

Seterusnya, mereka perlu tag 50 rakan-rakan Facebook (had yang dikenakan oleh Facebook pada waktu itu) yang lain.

Aplikasi khas Facebook ini turut menonjolkan kelebihan pesawat Airbus A330 yang dipaparkan menerusi pandangan 360 darjah.

Kempen peraduan ini menjadi tular di Facebook kerana hadiah kemenangannya yang sangat besar dan ia semakin mendapat perhatian apabila diiklankan mengunakan Facebook Ads sehinggakan agensi berita antarabangsa, CNN turut melaporkannya.

Di akhir kempen peraduan, sebanyak 12,500 penyertaan diterima dan jumlah Fan Facebook AirAsia meningkat sebanyak 30 peratus. Peraduan tersebut berjaya mencapai 2.3 juta pengguna Facebook di Australia atau kira-kira 20% dari keseluruhan jumlah pengguna Facebook di Australia.

(Petikan dari ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’. Untuk membeli, klik di sini. Ebook percuma ‘13 Kisah Inspirasi Usahawan Cina Berjaya’ dengan setiap pembelian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *