17-29156387_-_05_09_2013_-_scfamily

1. Scanteak adalah sebuah syarikat perabot Singapura yang mempunyai 150 cawangan di Singapura, Taiwan, Brunei, Japan, Kanada, US dan Jerman. Ia mencatat RM350 juta pendapatan tahun lalu. Tetapi bisnes ini pernah hampir-hampir ditutup pada suatu ketika dahulu.

2. Ditubuhkan pada awal 1978 dengan nama Hawaii Furnishing oleh pasangan suami isteri, Lim Pok Chin and Catherine Foo. Pada tahun 1984, bisnes mereka berkembang dengan baik dan mempunyai 2 pusat pameran yang besar sehinggalah mereka melakukan satu kesilapan yang juga besar.

3. Lim dan Foo melabur sebanyak RM7.5 juta bagi mendapatkan hak pengedaran perabot dari Perancis meskipun mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai pelaburan berkaitan hak pengedaran.

4. Lebih teruk lagi mereka tidak membuat tinjauan pasaran sebelum membawa masuk perabot Perancis tersebut. Malah, mereka merasakan tidak perlu memasang alat pendingin hawa di pusat pameran mereka sedangkan ia perlu bagi memelihara kualiti perabot tersebut.

5. Kesannya, untuk 3 bulan berikutnya jualan bisnes mereka merudum dan mereka terpaksa memasang juga alat pendingin hawa dengan belanja menelan ratusan ribu.

6. Pada waktu itu juga barulah mereka sedar pelanggan mahukan perabot Jepun yang berkualiti dengan harga mampu milik. Perabot Perancis mereka dilihat sebagai ‘old-fashioned’ dan mahal. Krisis ekonomi yang berlaku pada waktu itu memburukkan lagi keadaan dan bisnes pasangan ini dibebani hutang berjuta dollar Singapura.

7. Mereka dinasihatkan untuk menutup bisnes tersebut bagi memotong kerugian. Tetapi sebaliknya, pasangan ini pergi ke Perancis bagi berunding dengan pengeluar perabot tersebut mengenai hutang tersebut.

8. Syarikat pengeluar perabot Perancis tersebut kagum dengan cara mereka mengendalikan masalah tersebut dan memberi mereka hak pengedaran untuk rantau Asia pula.

9. Rundingan tersebut berjaya. Pasangan tersebut menyusun kembali bisnes serta juga hidup mereka dan menjual beberapa hartanah yang mereka ada walaupun terpaksa menanggung kerugian kerana harga hartanah yang sedang jatuh pada 1986.

10. Bagi menjimatkan perbelanjaan, mereka berpindah ke lokasi yang lebih murah sewanya. Lim kemudiannya mengunjungi beberapa pameran perdagangan di Eropah bagi mencari idea baru dan tertarik dengan perabot jati Scandinavia yang ringkas tetapi menarik.

11. Pada 1988, mereka menubuhkan mula Scanteak bagi menjual perabot tersebut. Perabot baru tersebut mendapat sambutan. Hanya 6 tahun selepas itu barulah hutang mereka berjaya diselesaikan dan bisnes mereka mula meningkat kembali.

(Diolah dari Vulcan Post)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *