mi-bodoh

Di dalam bisnes, soalan pertama yang wajib dijawab oleh usahawan sebelum mengeluarkan sesuatu produk adalah ‘apakah masalah pelanggan yang diselesaikan oleh produk itu?’

Produk yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan berpotensi untuk laku meskipun ia bukan produk yang hebat, premium dan ada kelas.

Salah satu contohnya adalah Mi Bodoh, makanan yang telah menjadi salah satu ikon negeri Melaka.

Mi Bodoh ini mula dijual pada tahun 1979 di warung Mee Goreng Hassan di Tengkera, Melaka.

Ia dipanggil mi bodoh kerana digoreng dengan hanya menggunakan mi kuning, taugeh dan sambal.

Harganya sedia ada murah semenjak diperkenalkan kerana tujuan mi ini dijual oleh pemilik asal warung tersebut adalah bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kurang berkemampuan.

Ia dijual cuma pada harga RM1.50 dan dihidangkan bersama sambal esktra dan timun. Pelanggan hanya perlu mennambah RM1.00 jika ingin memesan telur mata.

Mi Bodoh ini hanya dijual hingga ke pukul 11.00 pagi. Setiap hari, warungnya dipenuhi dengan pelanggan Melayu, Cina, India dan juga pelancong.

Dalam sehari, jualannya adalah sekitar 350 pinggan.

Jika dibuat kiraan secara kasar, jika seorang pelanggan membelanjakan RM3.00 (termasuk air), jualan sehari yang dicatat adalah sebanyak RM1,050.00 atau sebanyak RM27,300.00 untuk 26 hari tempoh.

Marjin untung bersih untuk bisnes kedai makan adalah sekitar 30 peratus, maka untung bersih yang diperolehi adalah sekitar RM8,190.00. Dan ini belum lagi mengambil kira jualan makanan lain di warung tersebut seperti nasi lemak dan jualan makanan di sebelah petang.

Jadi, produk yang mudah dan murah tidak semestinya tidak akan menguntungkan.

Apa yang penting adalah ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *