fb_img_14835361652143515

USD230 billion atau RM1 trillion.

Ini bukan jumlah derma tetapi anggaran jumlah perbelanjaan pelanggan Muslim di seluruh dunia ke atas pakaian pada tahun 2015 dan 2016.

Angka ini dikeluarkan oleh Dinar Standard, firma perundingan dan kajian di New York.

Jika diandaikan 30 peratus adalah perbelanjaan membeli tudung sahaja maka nilai pasaran tudung sedunia pada dua tahun tersebut adalah RM300 billion.

ia dijangkat meningkat kepada RM431 billion pada tahun 2019. Salah satu sebab peningkatan ini adalah kerana kuasa membeli orang muda Islam yang semakin meningkat.

Inilah pasaran baru yang sedang dikejar oleh jenama-jenama pakaian dunia.

Awal tahun ini, Dolce & Gabbana, jenama pakaian mewah, telah mengeluarkan koleksi abaya dan hijabnya sendiri yang berharga antara RM10,000 hingga RM18,000 sepasang.

Jenama pakaian Uniqlo, DKNY dan H&M juga sudah mula mengeluarkan koleksi pakaian untuk wanita muda Islam terutamanya skaf.

Pada bulan September lalu pula, model-model berpakaian Muslimah mencuri perhatian di acara feyen berprestij, New York Fashion Week Spring/Summer 2017.

Dengan keadaan pasaran tudung tempatan kita yang semakin tepu, mungkin ini adalah masanya untuk usahawan-usahawan tudung kita untuk menjenguk ke pasaran luar.

Tidak timbul masalah tiada modal kerana teknologi laman web dan media sosial telah membolehkan sesiapa pun menembusi pasaran global pada modal yang sangat-sangat minimum.

Jenama tudung Neelofar telah berjaya melakukannya. Begitu juga dengan gedung fesyen online FashionValet.

Inspirasi juga boleh diambil dari dua gedung fesyen pakaian Muslimah iaitu Bella Kareema dari Russia dan Modanisa dari Turki. Kedua-duanya telah menembusi pasaran Amerika, United Kingdom dan Eropah.

Ianya tidak mudah, tetapi dengan rekaan fesyen tudung yang menepati citarasa antarabangsa dan strategi pemasaran online yang betul, ia boleh dilakukan sedikit demi sedikit.

 

modanisa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *