58790304_10218564427727635_551520998202015744_n

Lelaki diĀ atas ini adalah pewaris kepada seorang taikun bisnes hartanah di Hong Kong.

Nama beliau adalah Alex Shih, berusia 30 tahun dan beliau akan ambil alih empayar bisnes ayahnya yang bernilai US$400 juta.

TETAPI beliau hanya akan uruskannya sahaja kelak.

Ini kerana semua saham ayahnya telah dihibahkan untuk tujuan kebajikan.

Semasa kecil, beliau dan adik beradiknya hanya dihantar ke sekolah biasa walaupun keluarga mereka telah kaya raya masa itu.

Ketika anak orang kaya lain bermain sukan elit seperti polo dan golf, Alex hanya main badminton.

Ketika anak orang kaya lain sibuk bercuti di luar negara, beliau dididik supaya bantu orang lain dengan harta yang mereka ada.

Semasa beliau mula bekerja dengan bapanya, beliau bermula dari bawah sebagai ejen jualan rumah dan terpaksa bersaing dengan ejen lain bagi dapatkan jualan.

Kini Alex memegang jawatan naib presiden di syarikat ayahnya dan bakal ambil alih kerusi ayahnya bila-bila masa sahaja.

Tetapi bilik pejabatnya hanya kecil dan biasa, langsung tidak gambarkan kedudukan tinggi jawatannya.

Dan paling memeranjatkan, beliau masih menyimpan bagi membeli rumah pertamanya.

Alex akui gaji rakan-rakannya yang bekerja di bidang lain lebih besar berbanding gaji beliau.

Ketika ditanya perasaannya, jawab beliau :

” Kami beradik beradiknya menerimanya. Semenjak kecil, ayah memberitahu kami lebih baik jangan mulakan hidup ini dengan keselesaan yang melampau.

(Katanya lagi) kamu akan lebih hargai wang yang kamu miliki apabila kamu perolehinya sedikit demi sedikit. ”

[ Bloomberg ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *