6V23T4IhShMylDuPUXRY

Zcova adalah sebuah bisnes di Malaysia yang menjual berlian secara dalam talian yang ditubuhkan pada tahun 2015.

Ia bermula dengan modal sebanyak RM30,000 dan tahun lalu ia mencatat jualan sebanyak RM3.5 juta.

Idea bisnes ini timbul apabila salah seorang pengasasnya Low Ziwei terpaksa membayar lebih RM4,000 dari bajet asalnya untuk membeli sebentuk cincin pertunangan. Apabila diselidik, beliau mendapati harga berlian di Malaysia dan Singapura dijual pada harga yang terlalu mahal untuk menampung kos operasi dan komisyen penjual yang tinggi.

Bersama abangnya, Low Ziyin, mereka mengasaskan Scova dengan tujuan untuk menyediakan pengalaman pembelian berlian yang mudah, telus dan pada harga berpatutan. Mereka menggunakan strategi-strategi berikut :

1. Menjual berlian berkualiti secara dalam talian bagi menghapuskan kos seperti kos inventori, komisyen dan sewa. Ini sekaligus dapat mengurangkan harga jualan kepada pelanggan.

Bilik pameran juga ada bagi pelanggan yang ingin melihat sebelum membeli tetapi ia hanya mempamerkan contoh berlian yang dijual.

2. Menyediakan maklumat yang lengkap mengenai pilihan, kualiti berlian dan kos mereka di dalam laman web bagi mendidik serta membantu pelanggan membuat keputusan. Perkhidmatan rundingan juga turut disediakan.

3. Tidak mengamalkan praktis jualan standard dalam industri yang sebenarnya tidak menambah nilai berlian. Contohnya, kebiasaannya berlian dalam bentuk yang unik seperti bentuk hati dijual pada pada harga yang mahal. Begitu juga harga barangan kemas berlian berbeza mengikut jenis emas yang digunakan dalam penghasilannya sama ada emas ros, emas putih atau emas kuning. Sedangkan harga ketiga-tiga emas tersebut adalah sama.

Zcova menjual berliannya pada harga yang sama walau apa bentuk dan jenis emas yang digunakan.

VG2Q0gxTHLRIUhIBTEwb

4. Memaklumkan pembeli perkembangan proses pembelian mereka seperti video dan gambar berlian mereka yang sedang dihasilkan dan maklumat penghantaran.

5. Hanya menjual berlian di dalam lingkungan bajet pelanggan. Memandangkan kebiasaannya pembeli tidak akan menjual kembali perhiasan berlian tersebut dan hanya mementingkan saiz berlian yang besar, Zcova mengurangkan harga dengan mencadangkan berlian yang mempunyai kecerahan dan warna yang kurang kerana ia lebih murah.

(Diolah dari artikel Vulcan Post)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *