airasia-mineski (1)

E-sports atau e-sukan kini sudah semakin hampir mencapai tahap untuk disenaraikan di dalam sukan Olimpik.

Pada awal tahun ini, AirAsia mengumumkan penajaan pasukan utama e-sukan Dota 2 Asean, Mineski Pro Team. AirAsia menjadi penaja khas dan rakan kongsi syarikat penerbangan eksklusif Mineski Pro Team selama 1 tahun.

Apakah matlamat AirAsia dalam melakukan penajaan seperti ini?

Jawapannya ada disentuh di dalam ebook Membina Bisnes Gaya AirAsia di bawah bab Penajaan Sukan Utama seperti berikut :

Terdapat 2 matlamat utama yang ditetapkan dalam setiap penajaan sukan iaitu :

1. Mendapat pendedahan meluas seluruh dunia.

Perlumbaan Formula One dan perlawanan bolasepak EPL ditonton oleh berjuta peminat pasukan tersebut di seluruh dunia. Setiap kali ia ditayangkan, jenama AirAsia mendapat pendedahan meluas di seluruh dunia dan ia ditayangkan hampir sepanjang tahun.

Sewaktu AirAsia menaja Formula One, setiap perlumbaan Formula One ditayangkan secara langsung di lebih 150 buah negara dengan lebih 600 juta orang menontonnya. Manakala, perlawanan bolasepak EPL yang melibatkan Machester United pula ditayangkan di lebih 100 buah negara dan ditonton oleh sekitar 70 juta orang peminat setianya.

Setiap perlumbaan MotoGP pula ditonton oleh purata 370 juta penonton seluruh dunia melalui siaran televisyen.

Selain dari tayangan perlumbaan, AirAsia turut berpeluang memaksimakan liputan media antarabangsa apabila agensi berita seperti CNN dan Reuters turut menyiarkan laporan dan berita mengenai penajaannya.

2. Membina persepsi jenama terunggul dan berkualiti.

Penajaan acara dan pasukan sukan berprestij meletakkan jenama AirAsia sebagai penerbangan tambang murah global yang unggul dan berkualiti. Ini kerana persepsi masyarakat mengaitkan hanya syarikat besar, maju dan berjaya sahaja yang mampu menaja acara dan pasukan sukan bertaraf antarabangsa.

Persepsi ini juga membantu meningkatkan lagi kredibiliti jenama AirAsia sebagai jenama global di mata para pelabur dan komuniti kewangan antarabangsa. Mereka merupakan rakan penting dalam membiayai setiap perancangan AirAsia untuk membesarkan lagi perniagaannya.

(Petikan dari ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’. Klik di http://bit.ly/2Fvqjrr untuk dapatkan lebih idea dan inspirasi dari AirAsia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *