plat-kereta

Masih ingatkah anda dengan nombor plat F1 yang ditender oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada harga RM836,000.00 ?

Atau nombor plat ’PATRIOT 1’ yang bernilai sebanyak RM1.308 juta ?

Bagaimana pula dengan nombor plat BMW 6 ? Harganya tidaklah mencecah 6 angka atau lebih tepat lagi RM99,777.00. Pemiliknya adalah Datuk Lee Chong Wei dan anda boleh menggagak jenis kereta yang diletakkan nombor plat itu.

’Bisnes’ nombor plat terbaru yang unik memang amat menguntungkan JPJ.

Pada bulan Februari 2015, apabila nombor plat untuk negeri Perlis RM dikeluarkan, JPJ menerima sebanyak 6,272 bidaan. Dari jumlah itu sebanyak 1,507 bidaan menang dengan jumlah nilai bidaan terkumpul sebanyak RM7 juta.

Bagi pasaran nombor plat terpakai pula, sebelum ini ianya hanya dijual di bahagian iklan majalah-majalah kereta, suratkhabar atau melalui orang perseorangan dan syarikat yang memiliki nombor plat tersebut.

Namun sebuah seorang usahawan, Khoo Boo Soon, berjaya menghidu peluang pasaran yang luas untuk jual beli nombor plat terpakai dan melancarkan laman web plates.my.

Laman web ini ini bertujuan menjadi platform bagi  individu atau syarikat yang ingin ingin menjual nombor plat mereka.

Kepada pembeli, mereka akan mendapat akses kepada pelbagai nombor plat dan mereka boleh untuk memilih untuk membida nombor plat yang memenuhi kehendak mereka.

Penjual mempunyai pilihan untuk meletakkan harga minimum atau ’reserved price’ dan menetapkan tempoh bidaan. Bidaan-bidaan yang masuk dapat dilihat  oleh penjual secara masa sebenar (real time).

Walaupun baru dilancarkan dua bulan yang lalu plates.my telah menguruskan tender jualan nombor plat kereta sebanyak RM2 juta. Plates.my menjana pendapatan dengan mengenakan caj di antara 2% hingga 6% bergantung kepada jumlah bidaan. Maksimum caj yang dikenakan adalah sebanyak RM5,000.00.

Walaupun masih baru, Khoo melihat terdapat pasaran yang besar untuk jual beli nombor plat ini.

Menurut beliau, sudah ada pelabur-pelabur yang melihat pelaburan dalam pasaran nombor plat ini lebih stabil berbanding pelaburan di dalam pasaran emas dan hartanah.

Ini disebabkan berbanding emas atau hartanah, nombor plat bersifat ’limited edition’ atau dengan kata lain untuk satu-satu nombor plat hanya satu sahaja yang ada. Faktor ini cukup untuk menaikkan nilai sesuatu nombor plat pada masa hadapan lebih-lebih lagi jika ia nombor yang cantik pada mata pembeli.

Oh ya, nombor plat termahal di dunia adalah 33355. Nilainya RM55 juta dan dijual di Qatar.

(Sumber : The Star SMEBiz)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *