nestle -640x436 (1)

Nestle adalah salah satu jenama besar yang telah mewujudkan ‘digital command centre’ atau pusat arahan digital mereka sendiri.

Pusat ini memantau dan mengumpul segala maklumat mengenai produk-produk Nestle yang diperkatakan di dalam Internet.

Mereka yang bekerja di sini terdiri dari penganalisa data, penganalisa pendengar sosial (social listening analysts) dan pengurus pemasaran.

Terdapat belasan paparan monitor di sini yang memaparkan pelbagai maklumat. Ada yang memaparkan jenama-jenama produk Nestle yang sedang popular diperkatakan dalam waktu nyata (real time) dan ada monitor yang menyenaraikan 20 isu (positif atau negatif) berkenaan produk Nestle yang sedang diperkatakan di dalam Internet.

Jika ada artikel atau komen yang berkenaan Nestle dan produknya disiarkan oleh sebarang laman web atau blog, secara automatik pusat arahan digital ini dapat mengesannya. Begitu juga jika ada seorang suri rumah berkongsi resepi membuat kek dari Milo di Facebook, ia akan dikumpul oleh pusat arahan digital ini.

Segala maklumat dan maklumbalas ini akan dianalisa dari semasa ke semasa bagi tujuan menambahbaik produk sedia ada Nestle, menghasilkan inovasi produk yang baru dan menghasilkan kempen pemasaran yang benar-benar menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan Nestle.

(Sumber : Digiday, Adweek & SocialBakers)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *