68932021_10219508608011552_2270290201945309184_n

Richard Branson menjadi usahawan pada usia 16 tahun dan berjaya mencapai jualan 1 juta pertamanya pada usia 25 tahun.

Ketika ditanya bagaimana cara mendidik anak untuk menjadi usahawan dari kecil, ini jawapan Branson :

” Terima hakikat, belajar di sekolah bukanlah satu-satunya cara untuk capai kejayaan.

Setiap orang belajar dengan cara berbeza.

Ada yang mampu belajar secara akademik dan ada yang lebih suka belajar daripada pengalaman atau secara hands-on.

Saya sendiri alami masalah pembelajaran di sekolah dan mujur ibubapa saya tidak obses dengan pembelajaran secara akademik semata-mata.

Dan sebagai seorang ahli perniagaan serta bapa, ini nasihat saya :

Galakkan anak-anak untuk mula berfikir apa yang mereka mahu capai di dalam hidup mereka.

Kemudian, tanam mindset yang betul di dalam minda mereka seperti berikut :

✓ Kita akan belajar dari buat kesilapan.

✓ Melalui pengalaman, kita akan temui banyak perkara yang baru.

✓ Orang berjaya adalah orang yang sanggup ambil risiko untuk mencuba dan mereka tidak malu untuk minta pertolongan dari orang lain bila perlu.

✓ Lakukan apa yang kita suka dan suka dengan apa yang kita lakukan.

✓ Berputus asa adalah jalan termudah untuk diambil apabila berhadapan kesukaran. Tapi jika kita sanggup bertahan dan bangkit kembali, kita akan terkejut dengan apa yang kita mampu capai.

[ New York Times Syndicate ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *