33635750_10216055178277967_3524888464510156800_n

Allahyarham Mydin Mohamad.

Rakyat Malaysia mengenali beliau sebagai pengasas pasaraya Mydin yang bermula dengan kedai kecil di Kota Bahru.

Tetapi ramai yang tidak tahu, pada usia 86 tahun, beliau masih bekerja. Ketika itu, setiap hari Allaryarham Mydin akan menjaga kaunter minyak attar di pasaraya Mydin Jalan Masjid India.

Menguruskan minyak atar memang kegemaran beliau. Ketika Sultanah Perak, Tunku Bainun melawat Mydin Subang Jaya pada tahun 2008, beliau jugalah yang melayan Sultanah yang ingin membeli minyak atar.

Beliau melayan dengan rileks dan gembira, seperti melayan pelanggan-pelanggan yang lain. Sedangkan, dua cucunya , Malik dan Mirza, berdiri memerhati dengan gementar.

Allahyarham juga berkemahiran mencipta wangian minyak atar. Ketika nama Osama Laden popular suatu ketika dahulu, beliau mencipta bauan yang dinamakan Osama. Semasa nama Mawi penyanyi sedang naik pula, beliau menghasilkan minyak atar Mawi.

Satu lagi perkara yang tidak ramai tahu, walaupun Allahyarham Mydin hidup serba sederhana tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga yang kaya. Beliau hanya membuka rahsia ini kepada anak-anak beliau ketika telah berumur 81 tahun.

Ayah Allahyarham, Gulam Husen Jamal, merupakan pemilik kedai di Pulau Pinang dan ketika itu ayah beliau adalah di antara beberapa kerat penduduk Pulau Pinang yang memiliki kereta.

Kereta yang dipandunya adalah kereta Morris yang terbaru. Ia ibarat kereta BMW 7 Series pada waktu sekarang. Dan setiap hari pemandu ayahnya akan menghantar beliau ke sekolah Inggeris bersama adiknya, Mohamed Ali.

(Diolah dari biografi Mydin The Untold Story)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *