mudah

Mudah.my dilancarkan pada tahun 2007 sebagai laman pengiklanan online untuk produk automobil, barangan keperluan harian dan hartanah.

Selepas 10 tahun beroperasi, ia akan merombak model bisnesnya dengan fokus untuk menjadi peneraju laman pengiklanan online hartanah nombor 1 Malaysia.

Ada 3 sebab yang mendorong keputusan ini dibuat :

1. Daripada 7.5 juta pengunjung setahun, 25% atau 1.86 juta melakukan carian berkaitan hartanah.

Untuk bulan Mei tahun ini sahaja, terdapat 801 ribu pengunjung unik yang secara purata menghabiskan masa selama 33 minit melakukan carian di segmen hartanah, berbanding dengan laman web hartanah nombor satu, iProperty yang menerima 1.2 juta pengunjung unik tetapi secara purata mereka menghabiskan masa hanya 12 minit untuk melakukan carian.

2. Mudah.my berupaya menawarkan penyelesaian lengkap (total solutions provider) bagi pembelian hartanah kerana ia turut menyenaraikan pengiklanan servis berkaitan hartanah seperti servis pengubahsuaian rumah, hiasan dalaman dan jualan perabot.

3. Mudah.my mempunyai keupayaan teknologi dan data yang membolehkan hasil carian yang dilakukan pengunjung menepati keperluan dan ciri-ciri pengunjung tersebut (personalised experience).

Ini dilakukan dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang menganalisa tingkah laku penggunaan Internet oleh pengunjung tersebut.

(Sumber : Digital News Asia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *