grabModal terpenting dan ‘termahal’ seorang usahawan bukannya duit atau aset tetapi KEPERCAYAAN dari orang lain yang diberikan kepadanya.

Anthony Tan, CEO dan juga salah seorang pengasas Grab, berkata seseorang usahawan perlu bersifat mulia serta mempunyai kredibiliti dan berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan Masayoshi Son pada tahun 2014.

(Masayoshi Son adalah billionair Jepun yang memiliki SoftBank, syarikat telekomunikasi dan Internet Jepun yang telah membuat pelaburan berjumlah berbillion USD di dalam syarikat-syarikat pemula IT di seluruh dunia.)

Ketika bertemu pertama kali dengan Masayoshi bagi mendapatkan dana untuk Grab, Masayoshi berkata kepadanya;

“ Jika anda ambil duit saya, ianya baik untuk saya, baik untuk anda. Jika anda tidak mengambilnya, tidak berapa baik untuk anda ”.

Dan tanpa perlu menandatangani sebarang dokumen awal perundangan yang biasa dilakukan di dalam mana-mana urusan pembiayaan, Masayoshi menghulurkan tangan dan menyambung kata-katanya;

“ Saya tidak perlu membaca perjanjian, mari kita muktamadkan urusan ini hanya dengan berjabat tangan. ”

Grab menerima dana awal sebanyak USD250 juta dari Softbank sebelum menerima lagi dana sebanyak USD750 juta pada tahun 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *