bukhori1

Bagaimana TS Syed Mokhtar Albukhary mengurus berpuluh buah syarikat di bawah empayar bisnesnya?

Dengan melantik pengurus-pengurus profesional yang dipercayai bagi mengurus setiap dari satu syarikat tersebut. Mereka dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif atau ketua pegawai kewangan.

Dan mereka bekerja sehingga lewat malam dengan beliau.

Setiap hari, 7 hari seminggu, sekiranya TS Syed Mokhtar tidak mempunyai sebarang acara di waktu malam atau ke ke luar negara, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan pengurus-pengurus profesional ini.

Tujuannya bagi mendengar laporan kemajuan, menyelesaikan masalah dan mendapatkan pandangan serta maklumbalas dalam perancangan strategi syarikat.

Mesyuarat ini akan bermula jam 10 malam hingga ke waktu subuh.

TS Syed Mokhtar sengaja mengadakannya di waktu malam kerana tidak mahu mengganggu tugas harian pengurus-pengurus ini.

Mesyuarat tersebut diadakan dalam keadaan santai dan tidak rasmi. Mereka yang hadir hanya memakai pakaian kasual sambil membawa fail masing-masing.

Mereka akan bertemu TS Syed Mokhtar seorang demi seorang dan mesyuarat diadakan di dalam bilik mesyuarat peribadi TS Syed Mokhtar di Muzium Kesenian Islam milik beliau.

(Diolah dari biografi Syed Mokhtar Albukhary).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *