autobahn-2

Ini contoh inovasi penyampaian produk dan servis dalam bisnes :

Techcrunch (laman web berita teknologi) melaporkan Autobahn Motors, syarikat menjual kereta di Singapura, memperkenalkan pusat jualan kereta mewah dengan menggunakan konsep ‘mesin layan diri’.

60 buah kereta mewah dari jenama seperti Ferrari dan Lambo disusun di dalam bangunan kaca setinggi 15 tingkat yang mempunyai 4 kolum/bahagian. Apabila dilihat dari luar, ia memang kelihatan seperti ‘mesin layan diri’.

Pelanggan membuat pembelian dengan menggunakan tablet yang disediakan. Sejurus urusan pembayaran selesai, kereta yang dibeli akan diturunkan menggunakan lif khas dalam tempoh kira-kira 2 minit.

Konsep yang sama turut digunakan oleh sebuah syarikat kereta di US iaitu Carvana.

nashville-vending-machine-1

Bagi syarikat-syarikat besar, inovasi digunakan sebagai  ‘senjata utama’ dalam memastikan bisnes mereka terus berkembang dan tetap menjadi pilihan pengguna.

Ini termasuklah syarikat AirAsia yang menjadikan inovasi sebagai budaya kerja dan ia dilaksanakan dalam aspek perkhidmatan, produk  dan pengurusan.

Strategi inovasi AirAsia serta pelbagai lagi strategi bisnes AirAsia yang telah terbukti berkesan, boleh dipelajari di dalam ebook Membina Bisnes Gaya AirAsia yang boleh diperolehi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *