nurul_ain_teh_abdullah

Sekiranya anda baru berkahwin dan mempunyai RM30,000 di dalam tangan, apa yang anda akan lakukan dengan wang sebanyak itu?

Pergi honeymoon? Beli kereta baru? Beli rumah? Atau biarkan sahaja dalam bank?

Bagi Nurul Ain Teh Abdullah yang baru berkahwin tahun lepas, beliau pada mulanya berhasrat untuk membeli barang keperluan rumah untuk keselesaan hidup.

Memikirkan keperluan untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka suami isteri, hasrat tersebut ditangguhkan dan beliau membuat keputusan untuk berniaga. Dan buat sementara waktu, beliau dan suami menumpang rumah ibu suaminya.

Wang simpanannya digunakan untuk pergi ke China dan semasa di sana mereka membuat keputusan untuk menjalankan bisnes alat ganti dan aksesori telefon. Kesemua RM30,000 wang simpanan Nurul Ain dilaburkan dalam bisnes tersebut.

Fast forward, Nurul Ain dan suaminya kini mempunyai 3 kedai di Terengganu yang diurus oleh sembilan orang pekerja.

Bisnes mereka mencatat jualan antara RM2,000 hingga RM4,000 sehari dan modal keseluruhan telah meningkat dari RM30,000 kepada RM300,000,

Kepuasan yang ditangguhkan setahun lalu membolehkan mereka mengecap kejayaan hari ini.

-HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *