robhoneycutt (2)

Rob Honeycutt berusia 30 tahun ketika meninggalkan pekerjaannya sebagai pekerja penghantaran berbasikal (bike messenger) bandar San Fransisco pada tahun 1989. Selepas 3 tahun bekerja, beliau benar-benar keletihan dan membuat keputusan untuk tidak bekerja dengan sesiapapun lagi.

Rob memilih untuk bekerja sendiri dengan menghasilkan beg penghantar yang digunakan oleh pekerja penghantaran berbasikal. Syarikatnya dinamakan Timbuk2.

Tapi ia tidak mudah bagi Rob. Tanpa sebarang pengalaman menjahit serta modal yang mencukupi, beliau terpaksa melakukan segala-galanya berseorangan dari merekabentuk beg, menjahit hinggalah ke kerja pemasaran dan penghantaran.

Bisnes kecil Rob beroperasi dari apartmentnya. Untuk menjahit, sebuah mesin jahit pada harga USD89 dibeli berserta kain fabrik . Beliau akan menjahit hingga ke larut malam dan bekerja selama  14 jam sehari  tanpa cuti.

Rob terpaksa menanggung kesakitan pada pergelangan tangannya setiap kali habis menjahit dan adakalanya terjahit jarinya sendiri. Tapi beliau tetap tabah dan dalam sehari beliau dapat menghasilkan antara 10 hingga 15 beg sehari.

Pada masa itu, Internet masa belum wujud lagi. Untuk memasarkan begnya, beliau  akan melukis gambar beg kertas dan dijadikan pamplet yang diedarkan ke kedai-kedai beg.

Begitulah rutin harian Rob dan pada tahun 1993, sebanyak 50 kedai basikal menjual beg keluarannya.

Beliau kemudiannya memindahkan operasinya ke sebuah kilang kecil dan menggaji seorang pekerja. Untuk berjimat, kilang itu turut dijadikan tempat tinggalnya.

rob-honeycutt-morell-open-forum-embed

Dari sini, bisnes Rob terus berkembang  dengan mempunyai beberapa orang jurujual dan tidak lama kemudian beliau berpindah ke sebuah rumah dan berkongsi menyewa dengan 8 orang lain.

Beliau juga sudah mempunyai seorang rakan bisnes dan pada tahun 2000, seorang pengurus jualan yang berpengalaman diambil bekerja.

Apa yang dilakukan oleh pengurus jualan ini menjadi satu ‘turning point’  dalam bisnes Rob. Pengurus jualan tersebut memecat 75% dari jurujual yang ada dan membentuk pasukan jurujual baru yang terdiri dari mereka yang terbaik pernah bekerja dengan pengurus tersebut sebelum ini.

Kesannya, jualan beg Timbuk2 melonjak naik.

Langkah seterusnya, Rob mendapatkan pelaburan dari pelabur ada tahun 2002. Pertumbuhan dalam tempoh 2 tahun itu meyakinkan pelabur untuk melabur dan mereka turut melantik seorang CEO untuk membawa bisnes Timbuk2 ke peringkat lebih tinggi.

Pengorbanan Rob bekerja 100 jam seminggu selama 13 tahun akhirnya menghadirkan kejayaan apabila pada tahun 2005 syarikatnya dijual pada nilai USD23 juta.

 Pesanan Rob kepada usahawan baru :

 “ Buka mata dengan luas dan sedar ia tidak mudah. Jangan berhenti sehingga anda berjaya dan setiap sen yang dibelanjakan untuk menggaji  jurujual yang bagus akan jadi amat berbaloi.”

 (Olahan dari AmericanExpress/Entrepreneur)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *