20131003_RaleighDenim_176

Siapa yang tidak kenal Li Ka-Shing, billionair ke 23 dunia dari Hong Kong.

Sepertimana rakyat China lain yang lari yang negara mereka dilanda kebuluran pada sekitar tahun 1940-an, keluarga beliau berhijrah ke Hong Kong.

Ayahnya meninggal sewaktu beliau berumur 15 tahun.

Kerana keluarganya miskin, Li berhenti belajar dan bekerja di sebuah kilang buat barang plastik selama 16 jam sehari.

Beliau bekerja selama 7 tahun sebelum tubuhkan syarikat membuat barang plastiknya sendiri pada usia 22 tahun dengan sedikit modal yang dikumpulnya.

Li Ka-Shing melihat cara cepat untuk bina kekayaan adalah melalui hartanah.

Dan untung dari dari kilang plastiknya dikumpul sebagai modal untuk jalankan aktiviti pembangunan hartanah pada tahun 1971 atau 21 tahun selepas syarikat plastiknya ditubuhkan.

Pada 2015, Li Ka-Shing senaraikan syarikatnya di pasaran saham.

Beliau fokus pada bidang hartanah sehingga jadi pembangun hartanah utama Hong Kong dengan kuasai 70%.

Tetapi, dalam tempoh 44 tahun sebelum penyenaraian itu, beliau tetap bangunkan bisnes-bisnes lain seperti perbankan, telekomunikasi, tv satelit, simen, hotels, kedai, lapangan terbang, pengangkutan awam, elektrik, pengeluaran besi, pelabuhan dan perkapalan.

Keseluruhannya, Li Ka Shing ada bisnes di 50 negara dan menggaji 270 ribu orang pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *