28782964_10156186372702387_2252290122856792064_n

Pada awal tahun 2000, situasi di mana wanita menjadi juruterbang atau jurutera di syarikat penerbangan boleh dikatakan tidak wujud sama sekali. Ini kerana kaum wanita dianggap tidak sesuai dari segi mental dan fizikal untuk menjalankan tugasan tersebut.

Tetapi AirAsia memecah tradisi tersebut dan mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan komersil pertama yang mempunyai juruterbang wanita. Sehingga kini, AirAsia mempunyai sekitar 50 orang juruterbang wanita.

Di kalangan jurutera AirAsia pula, terdapat lebih dari 60 jurutera wanita yang turut bekerja menyelenggara pesawat-pesawat di AirAsia.

Selain juruterbang, ramai pekerja wanita yang berlayakan pernah diberi peluang memegang jawatan utama di AirAsia seperti jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jabatan Komersial, Ketua Jabatan Pendapatan Sampingan, Ketua Jabatan Kewangan Korporat dan Ketua Jabatan Makanan dan Minuman.

AirAsia juga merupakan syarikat penerbangan pertama yang melanjutkan usia bersara petugas kabin wanita sama dengan petugas kabin lelaki iaitu sehingga umur 55 tahun.

AirAsia percaya pekerja yang terbaik dalam bidangnya mampu melakukan perubahan tidak kira apapun jantina mereka.

Dengan tidak menghadkan sesuatu jawatan untuk satu jantina sahaja, AirAsia
mempunyai kelebihan di mana ia mempunyai pilihan pekerja yang lebih ramai untuk dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

(Lebih banyak perkongsian menarik seperti di atas terkandung di dalam ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’. Klik di http://bit.ly/2Fvqjrr untuk mendapatkannya. Percuma ebook ‘13 Kisah Inspirasi Usahawan Cina Berjaya’ dengan setiap pembelian).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *