Talent-Mapping-for-Businesses

Menurut CEO Linkedin, Jeff Weiner, berdasarkan data terkini, ada 3 trend yang akan mengubah cara majikan melantik, membangun dan mengekalkan bakat atau pekerja dalam tempoh terdekat ini.

 

Trend pertama : Kepintaran buatan (artificial intelligence) dan automasi.

Industri pengeluaran, hospitaliti, F&B dan peruncitan lebih cenderung untuk diautomasikan terutamanya bagi bidang kerja peringkat pertengahan.

Contohnya, Shake Shack, rangkaian kedai makanan segera yang menjual hamburger, sudah mula menggantikan juruwang dengan kiosk. Pelanggan boleh membayar tanpa menggunakan tunai.

Di US sendiri, lebih 50% dari aktiviti ekonominya boleh terus diautomasikan dengan hanya menggunakan teknologi sedia ada, tidak perlu tunggu 5 atau 10 tahun lagi.

 

Trend kedua : Jurang dalam kemahiran kerja

Di US, ada 6 juta jawatan kosong tetapi pada masa yang sama 7.1 rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.

Puncanya, kemahiran kerja pemohon tidak memenuhi kelayakan. Contohnya, pemohon mempunyai kelayakan dalam bidang IT tetapi tidak mempunyai kemahiran menggunakan perisian SAS yang biasa digunakan untuk menganalisa data. Kemahiran ini semakin banyak mendapat banyak permintaan.

Satu contoh nyata yang sedang berlaku, kenderaan di US semakin banyak menggunakan perisian tetapi di Michigan, pengeluar kereta di sana menghadapi masalah untuk mendapatkan jurutera perisian kerana di sana lebih ramai mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengeluaran daripada bidang perisian.

3110_sdd

 

Trend ketiga : Pekerja bebas atau freelancer

Di seluruh dunia terdapat peningkatan dalam jumlah mereka yang memilih untuk bekerja sendiri. Di US sendiri, ada lebih 60 juta pekerja bebas.

Tiga sebab mengapa ia berlaku :

1. Peningkatan jumlah golongan muda tidak suka tidak terikat dengan sesuatu syarikat atau organisasi.75% daripada jumlah pekerja dunia pada tahun 2025 dijangka akan terdiri dari golongan ini.

2. Kewujudan servis seperti Uber dan Grab yang memerlukan ramai pekerja bebas.

3. Kos menggunakan khidmat pekerja bebas lebih rendah bagi sesebuah syarikat berbanding kos untuk menggaji pekerja tetap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *