29684230_10215667538307210_784206391408418844_n

Semalam AirAsia mengumumkan setiap pesawat barunya akan mula menggunakan kerusi tempat duduk baru berjenama Mirus Hawk yang lebih selesa, bergaya dan ruang kaki yang luas.

Tempat duduk baru ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang sama digunakan oleh kereta lumba F1.

Mengapa tempat duduk ini baru ini digunakan? Sebabnya ada disentuh di dalam ebook Membina Bisnes Gaya AirAsia di bawah bab Pengurusan Kos Yang Cekap seperti berikut :

” Bagi mengurus kos bahan api pesawat yang merupakan kos terbesar, selain dari menambat harga bahan api untuk tempoh jangka masa tertentu, AirAsia turut melaksanakan langkah-langkah berikut bagi mencapai penjimatan dalam penggunaan bahan api :

1. Mengurangkan berat beban pesawat melalui penggunaan tempat duduk, karpet dan komponen-komponen lain yang
diperbuat bahan yang ringan dan menggalakkan penumpang membawa kurang bagasi dengan mengenakan caj tambahan.

Dalam tempahan 300 pesawat baru Airbus 320 dan A320neo,¬†AirAsia memilih untuk menghasilkan rekaan tempat duduk yang¬†kurang tebal. Tempat duduk baru ini bukan sahaja 40% lebih ringan dari tempat duduk standard, malah AirAsia juga menetapkan agar kurang dari 200 komponen bergerak seperti skru dan nat digunakan bagi memudahkan juruteranya membuat penyelenggaraan pada kos yang rendah. ”

(Klik di sini untuk mendapatkan ebook Membina Bisnes Gaya AirAsia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *