An employee prepares sushi using a Suzumo Machinery Co. compact sushi making machine inside a Kura Corp. sushi restaurant in Kaizuka, Osaka, Japan, on Thursday, Aug. 17, 2017. Photographer: Tomohiro Ohsumi/Bloomberg

40 tahun lalu, kemarahan seorang lelaki diikuti dengan tindakan nekadnya telah berjaya ‘mengubah’ Jepun.

Pada tahun 1977, kerajaan Jepun melaksanakan polisi pengawalan pengeluaran padi untuk mengelakkan lebihan permintaan. Petani-petani dibayar untuk tidak mengusahakan bendang sawah.

Tetapi polisi ini menyebabkan seorang pemilik kilang membalut gula-gula, Kisaku Suzuki, marah.

Bagi Kisaku, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab mencari jalan bagi meningkatkan permintaan penggunaan beras kerana beras adalah makanan ruji rakyat Jepun dan antara sumber pendapatan mereka yang tinggal di luar bandar.

Kisaku ‘meluahkan’ kemarahan dengan memikirkan idea bagaimana untuk menghasilkan mesin membuat sushi dengan menggunakan kemahirannya menghasilkan mesin pembalut gula-gula.

Pada waktu itu, sushi adalah makanan yang hanya dihidangkan pada majlis-majlis tertentu dan dijual di restoran-restoran mewah. Ia dihasilkan dengan tangan hanya oleh chef-chef yang terlatih. Orang biasa tiada peluang untuk merasainya kerana harganya yang sangat mahal.

Bagi Kisaku, jika beliau dapat membuat mesin yang dapat menghasilkan sushi dengan banyak dan murah, maka semua rakyat Jepun dapat menikmati sushi. Secara tidak langsung tidak akan wujud lebihan permintaan beras kerana sushi diperbuat dari beras.

Seperti biasa, setiap idea baru yang akan mengubah sesuatu kebiasaan dalam masyarakat akan mendapat tentangan.

Chef-chef sushi pada waktu sepakat menolak usaha Kisaku. Bagi mereka menghasilkan sushi adalah satu seni yang halus dan setiap chef perlu melalui latihan selama 10 tahun untuk mendapat kemahiran yang sempurna.

Dan kerana itu, mereka berpendapat tiada mesin yang akan mampu menyamai kemahiran chef-chef sushi yang ada.

Tapi Kisaku tidak mengendahkannya dan percaya kepada keberkesanan ideanya. Beliau menghasilkan mesin prototaip pertama dan meminta pendapat chef-chef sushi tentang mesin tersebut. Tapi maklumbalas yang diterima semuanya negatif. Chef-chef sushi mengatakan mesin itu sangat teruk.

Selama 3 tahun keadaan itu berlarutan dan dalam tempoh itu banyak mesin prototaip yang dihasilkan tidak menepati tahap piawai chef-chef sushi yang tinggi. Syarikat Kisaku hampir-hampir kehabisan wang untuk terus menghasilkan mesin prototaip yang sempurna.

Pada saat itu Kisaku dan pasukannya mula terfikir untuk berhenti berusaha dan mengalah. Tetapi semangat dan iltizam mereka membuatkan usaha ini diteruskan dan 2 tahun selepas itu barulah mesin prototaip Kisaku diiktiraf oleh chef-chef sushi.

BT_20170902_MLSUSHI2_3066914

5 tahun yang dihabiskan hanya untuk menghasilkan satu mesin prototaip sushi yang sempurna itu membuahkan hasil yang sangat berbaloi.

Selepas 4 dekad, kini lebih 70 ribu pelanggan (restoran sushi dan kilang) di seluruh dunia menggunakan mesin sushi keluaran syarikat Kisaku, Suzomo Machinery Co. Mesinnya menguasai 70% pasaran mesin sushi di restoran.

Terdapat 28 jenis mesin sushi yang boleh dipilih pelanggan.

Idea serta tindakan Kisaku ini juga telah mewujudkan industri baru yang kini bernilai USD6 billion di Jepun.

Tapi apa yang lebih penting lagi, sushi telah dapat dinikmati oleh semua orang bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia.

– The Edge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *