fb_img_14835371905786254

Kedai makan Daging Merah Aloqstaq yang terletak di Sungai Penchala, Selangor adalah cuma kedai makan biasa di bawah pokok.

Tetapi walaupun kedainya dan lauknya simple, pada waktu makan tengahari ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk membeli. Para artis pun sudah ramai yang  datang menikmati makanan di sini.

Lauk jualannya sangat simple iaitu cuma daging masak merah, daging salai, ayam goreng, kuah, air asam dan sayur.

Harga sepinggan cuma RM6.50. Air diberi percuma. Ada air suam, cincau, lemon dan jagung. Di sini pelanggan sudah dapat berjimat RM1.50.

Tapi walaupun lauk dan kedainya simple, pemiliknya sudah membuka dua buah cawangan lagi di Kuala Lumpur iaitu di di Taman Melawati dan Mutiara Damansara.

dgg2

Dicampur kedai asal di Alor Setar, kiranya ada 4 cawangan setakat ini.

Jadi, jika anda ada perancangan untuk berniaga kedai makan, ambillah iktibar dari kedai Daging Merah Loqstaq ni.

Tidak perlu mengeluarkan modal berpuluh ribu ringgit untuk membuka restoran dengan hiasan bagai nak rak. Lauk pun tak perlu disediakan berbelas-belas jenis.

Kedai makan semudah ini masih boleh laku jualannya dan dibuka cawangan di merata tempat.

Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, walaupun kedai yang dibuka hanya di bawah pokok dan cuma satu atau dua jenis lauk sahaja lauk dijual, tetapi jika betul-betul sedap, ia tetap akan berjaya mendapat sambutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *