fb_img_14835357027985029

‘Masa’ adalah salah satu faktor utama dalam membina kejayaan.

Pada usia sekitar 24 tahun, seorang pemuda yang bernama Phil Knight meminjam duit ayahnya sebanyak USD50.

Duit itu digunakannya untuk membeli stok kasut berkualiti tinggi tapi murah dari Jepun.

Beliau kemudian menjelajah hampir ke seluruh Amerika Syarikat untuk menjual kasut-kasut tersebut dari bonet keretanya.

Beliau menggunakan kembali duit hasil jualannya itu sebagai modal pusingan untuk membeli stok baru dari semasa ke semasa.

Pada tahun 1963 atau dalam tempoh lebih kurang setahun, Phil Knight berjaya mencatat jualan sebanyak USD8,000 (USD62,000 dalam nilai hari ini).

Kini selepas 53 tahun, jualan tahunan syarikat beliau, Nike, mencecah USD30 billion dengan pasaran meliputi satu dunia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *