arnab

Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan.

Di Ranau, Sabah seorang anak muda berumur 27 tahun, Jubair Juhinin, menjadikan hobi memelihara arnabnya sebagai bisnes.

Dengan modal kurang dari RM5,000 dan tanah seluas 0.2 hektar dengan kemudahan yang sangat asas, beliau membuka ‘Arnab Village’ yang mempunyai 400 ekor arnab dari 8 jenis spesis, kebanyakkannya dari luar negara.

Harga tiket yang dikenakan adalah antara RM3.00 hingga RM10.00.

Pada tahun pertama beroperasi (2016), bisnes Jubair mencatat jualan tiket sebanyak RM300,000.00 dan ia dijadikan modal untuk menaiktaraf kemudahan dengan menambah tandas, meluaskan taman dan kandang arnab dan membina kedai cenderahati.

Pada tahun 2017 ini, Jubair menyasarkan bisnesnya untuk menjana pendapatan sebanyak RM500,000.00 dan ia akan digunakan untuk membina restoran serta kedai aksesori pemeliharaan arnab.

Di Klang pula, seorang seorang surirumah, Zubaidah Abdullah, menjual kereta Honda CRVnya untuk dijadikan modal bagi memulakan bisnes taman air mini untuk kanak-kanak di tanah milik beliau.

Hasil jualan kereta sebanyak RM18,000 itu digunakan untuk membeli satu set ‘Supa Dupa Inflatable Pool Slide’ dari China yang turut disewakan kepada penganjur-penganjur acara di luar.

Bisnesnya berjaya balik modal hanya dalam masa seminggu beroperasi.

Modal yang sama kemudiannya digunakan untuk membeli satu set lagi ‘Supa Dupa’ dan sekarang taman air mini air beliau mempunyai sebanyak 11 jenis permainan.

(Sumber : HMetro / MalayMail)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *