metd_pf_1503_p52e

Durian kini menjadi produk eksport yang bernilai tinggi.

Menurut akhbar The Star, terdapat 121 hektar kebun durian di Malaysia dimiliki oleh pelabur -pelabur dari China menerusi cara perkongsian dengan orang tempatan. Mereka dikatakan ingin menguasai keseluruhan proses pengeksportan durian ke China dari penanaman hinggalah ke penghantaran.

Kerajaan Malaysia juga dikatakan merancang untuk mengeksport secara teratur durian terutamanya durian Musang King ke China. Perancangannya adalah untuk mengeksportnya dalam bentuk durian sejuk beku.

Ini kerana permintaan rakyat China terhadap durian Musang King didapati semakin meningkat. Harga untuk  sekilo durian Musang King di negara tersebut dikatakan telah mencecah sehingga RM400 sekilo bagi baka yang baik.

Dari sudut bisnes, ini adalah peluang kepada mereka yang memiliki tanah kosong terbiar yang luas di kawasan yang tidak strategik seperti di kampung-kampung tetapi tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan tanah tersebut.

Melalui perancangan serta kerjasama dengan pihak tepat, tanah-tanah tersebut boleh dijadikan ladang durian dan diuruskan secara usahasama dengan pelabur individu atau agensi kerajaan seperti FAMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *