5

Kita semua tahu Bill Gates dan Steve Jobs berhenti belajar bagi meneruskan cita-cita mereka menjadi usahawan.

Di sini juga ada tokoh perniagaan berjaya yang berhenti belajar semasa di zaman muda.

Beberapa bulan sebelum menamatkan Tingkatan Lima, TS Syed Mokhtar terpaksa meninggalkan alam persekolahan. Tapi berbeza dengan Gates dan Jobs, beliau terpaksa melakukannya kerana bisnes lembu ayahnya terjejas dengan wabak penyakit kaki dan mulut dan ayahnya tidak mampu lagi membiayai pembelajarannya.

Pada usia 17 tahun, TS Syed Mokhtar mengambil keputusan memulakan bisnes menjual daging bermodalkan hasil simpanan wang dari bisnes lembunya sebelum itu. Seawal umur 15 tahun, ayah TS Syed Mokhtar telah melepaskannya untuk berniaga lembu sendiri dan pada waktu itu beliau sudah mampu membeli sebuah motorsikal.

Untuk membekalkan daging, TS Syed Mokhtar membeli lebihan daging pada waktu malam dari pembekal-pembekal kerana harganya lebih murah. Daging-daging itu disimpan di dalam bilik sejuk dan dihantar ke Kuala Lumpur keesokkan hari menggunakan lori-lori ikan dari Thailand.

Kerana masih muda, TS Syed Mokhtar mula terpengaruh dengan kehidupan malam di Kuala Lumpur apabila berada di sana dan banyak menghabiskan masa berhibur. Ketika berumur 20 tahun, beliau sudah mampu membeli sebuah kereta Volvo dan akan pergi berhibur ke Pulau Pinang dan Thailand pada setiap hujung minggu.

Ibu dan bapanya marah dengan gaya hidup TS Syed Mokhtar hinggalah pada satu hari beliau dapati sudah tidak mampu lagi membayar ansuran pinjaman kereta tersebut.

Ayahnya terpaksa membayar pinjaman kereta itu dan TS Syed Mokhtar dihantar menyambung pelajaran di Kuala Lumpur bersama ayah saudaranya. Beliau mengambil kursus perakaunan di Insitut Goon.

( Olahan dari biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *