57579921_10218542566341114_2124148145788026880_o

Pernah dengar nama Terry Gou yang juga dikenali sebagai ‘iPhone billionaire’?

Beliaulah pemilik Foxconn, kilang pemasangan iPhone, Sony Playstation, Amazon Kindle dan pelbagai produk elektronik lain.
.
Empayar bisnesnya yang kini bernilai US$41 bil diasaskan pada tahun 1974 di Taiwan ketika beliau berumur 23 tahun.

Modal permulaannya US$7,500 yang dipinjam dari ibunya.

Dengan duit tersebut Terry Gou beli mesin pembuat acuan bagi hasilkan produk plastik yang diguna pada televisyen.

6 tahun selepas itu, beliau ke US selama 11 bulan untuk cari lebih banyak peluang.

Di sana, beliau jadi ‘door-to-door salesman’ dan terus redah dari satu syarikat ke satu syarikat untuk pasarkan servisnya.

Apabila tiba di IBM, Terry ubah strategi. Beliau duduk di sebuah motel berdekatan IBM dan ‘merayau-rayau’ sambil cuba dapatkan ‘appointment’ dengan orang yang betul.

Selepas 3 hari mencuba, Terry akhirnya berjaya dapat satu pesanan kontrak dari IBM.

[ Bloomberg ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *