inovasi-produk

Untuk menghasilkan produk yang menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan, ianya tidak perlu menghasilkan  produk baru yang belum wujud dalam pasaran.

Adalah lebih efektif jika produk yang dihasilkan ditambahbaik dari produk sedia ada dalam pasaran.

Ini dinamakan sebagai inovasi produk.

Produk sebegini lebih berpotensi untuk berjaya. Ini kerana pasaran untuk produk tersebut sudah tersedia dan peniaga hanya perlu menerangkan kepada pelanggan kelebihan produk tersebut berbanding produk sedia ada dalam pasaran.

Produk tisu basah pembersih mekap muka jenama Imaan Suci Wipes adalah salah satu contoh baik produk yang ditambahbaik dari produk lain yang sedia ada di pasaran.

Imaan Suci Wipes tidak menggunakan alkohol sebagai salah satu bahan untuk membasahkan tisunya sebagaimana dengan jenama tisu pembersih muka lain di dalam pasaran.

Inovasi produk ini menjadikan Imaan Suci Wipes amat sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif terhadap alkohol (alkohol membuatkan kulit menjadi kering) serta wanita Islam yang merasa was-was untuk menggunakan tisu basah yang berasaskan alkohol.

Satu lagi ciri tambahannya adalah penambahan vitamin E yang berfungsi untuk melembabkan kulit muka. Jadi pengguna tisu basah tersebut bukan sahaja dapat membersihkan mekap di muka malah turut memelihara kelembapan muka mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *