tawaran-nilai-teslaApabila disebut nama Tesla, di dalam fikiran kita akan tergambar kereta elektrik keluarannya yang moden dan bergaya.

Namun, baru-baru ini CEO Tesla, Elon Musk melakukan kejutan dengan melancarkan produk terbarunya yang tiada kaitan dengan kereta eletrik iaitu genting bumbung rumah (roof tiles).

Tesla ? Genting bumbung rumah ?

Memang tidak nampak logiknya.

Tetapi ini bukan genting bumbung rumah yang biasa. Genting bumbung rumah Tesla mempunyai keupayaan untuk menghasilkan tenaga elektrik kerana ia sebenarnya adalah panel solar.

Tenaga eletrik yang dihasilkan akan disimpan di dalam pek bateri rumah Tesla Powerwall 2.

Panel solar Tesla ini direkabentuk seperti genting bumbung rumah biasa dengan warna dan rekabentuk yang menarik.

Dengan rekabentuknya yang menarik dan keupayaannya menghasilkan tenaga elektrik untuk rumah, produk terbaru Tesla ini dilihat mampu mengganggu pasaran (market disruption) yang ada sekarang.

Inilah yang dipanggil inovasi produk di mana Tesla mengubah fungsi genting bumbung rumah daripada sekadar menjadi bumbung dan mencantikkan rumah kepada menjadi penjana elektrik untuk rumah.

Ciri inovasi ini pula adalah tawaran nilai produk genting bumbung rumah Tesla.

Ia membezakan produk Tesla dari puluhan jenama produk genting bumbung rumah lain di dalam pasaran. Dengan genting bumbung rumah Tesla, pengguna bukan sahaja akan mendapat mencantikkan rumah dengan rekabentuk bumbung yang menarik tetapi juga menikmati penjimatan elektrik dengan menggunakan tenaga lektrik yang dihasilkan oleh genting bumbung rumah tersebut.

Apabila ada puluhan produk yang sama dalam pasaran, pelanggan akan menimbangkan faktor lain yang memberi sebab mengapa produk itu perlu dibeli berbanding produk lain. Dan sesuatu jenama yang mempunyai tawaran nilai yang melebihi oleh jenama lain lebih berpotensi untuk bersaing dan menjadi pilihan pengguna.

Inilah yang dilakukan oleh Tesla dengan produk terbarunya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *