idea-bisnes-dengan-pisang

Jika di Malaysia kita menjual pisang sebagai pisang goreng. Tetapi di Texas, US, seorang pemuda menjual pisang yang telah didekorasi menggunakan kreavitinya.

Davonte Wilson, adalah seorang juruteknik dan mempunyai hobi melukis.

Idea memulakan bisnes ini datang secara tidak sengaja apabila rakan-rakannya memerli beliau yang sedang melukis pada sebiji pisang pada waktu itu.

Davonte mengatakan beliau bukan sekadar mendekorasi pisang. Bagi beliau, dekorasinya memberikan pisang tersebut personaliti dan karakter yang disesuaikan dengan isu-isu semasa dan tema-tema tertentu.

Setiap hari dia akan menyiapkan sekitar 75 biji pisang yang dijual melalui laman webnya di bananasgonewild.co.

Setiap pisang yang telah didekorasi dijual pada sekitar harga USD20.00.

idea-bisnes-dengan-pisang1

Apabila ditanya mengenai idea bisnesnya itu, jawab Davonte,

“Saya tak sangka yang anda boleh memperkenalkan sesuatu yang mudah seperti ini kepada dunia dan mereka akan menyukainya.”

Walaupun beliau menyasarkan untuk menjana pendapatan sebanyak USD100,000 tahun ini, namun Davonte berkata ia hanyalah bisnes sampingan untuk mengisi masa lapang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *