32702615_10215995743232128_1227893105106092032_n

Harga sebuah beg tangan Birkin sama dengan harga sebuah rumah!

• Birkin adalah model beg tangan buatan tangan daripada jenama Hermès dan dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.

• Beliau mengeluh kerana sukar mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981 dan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.

• Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.

• Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892.

• Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.

• Birkin akhirnya menjadi simbol kekayaaan kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki. Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 sehingga AS$150,000.

• Ia tidak boleh dibeli sesuka hati di mana-mana kerana hanya dijual mengikut tempahan.

• Jualan mengikut jadual yang sukar diramal, kuantiti terhad.

• Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun.

• Oleh kerana jumlahnya sedikit atau terhad maka ia menjadi koleksi sangat eksklusif.

• Setiap unit beg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.

• Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375 yang diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.

• Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *